Quantcast
Channel: SukaSuki
Viewing all 277 articles
Browse latest View live

MUSIM COVID-19 DAN PENGALAMAN YANG TIDAK MUNGKIN DILUPAKAN

$
0
0
Assalammualaikum dan salam kasih sayang.

Hampir sebulan kita akan melalui Perintah Kawalan Pergerakan [PKP] dan saya merayu sangat2 agar kita semua mematuhi arahan PKP tersebut.

Stay At Home guys.... jaga kebersihan dan jaga jarak. Mungkin tak jadi pada korang, korang akan ambil mudah.....bagi sesiapa yang melaluinya....pasti memberi banyak pengajaran dan pengalaman yang mungkin sukar untuk dilupakan.... yes...mereka antara insan yang terpilih untuk melalui ujianNya ini.....trust me..... ini bukan masa untuk kita ambil mudah...... ini bukan satu perkara yang boleh dipermainkan.....ini antara hidup dan mati....bukan saja untuk diri kita....tapi juga untuk orang disekeliling kita.....

Let me share our experience.... bilamana Allah menguji dengan sedikit jentikanNya pada kami suami isteri..... ianya memberi impak yang sangat besar pada diri kami.....emosi..... ya...emosi saya sangat terganggu dengan ujianNya ini.....

Pada 12 Mac 2020 (Khamis) hingga 15 Mac 2020 (Ahad)

Suami saya terlibat dengan sukan MAKSAK di Penang. Sebanyak 3 pasukan yang terlibat iaitu sukan Chess, Dart dan Carrom. Suami saya terlibat dalam sukan Chess semestinya dan beliau serta pasukan chess yang lain pergi ke Penang dengan menaiki van manakala 2 pasukan yang lain menaiki bas yang disediakan sekali dengan Pengurus MAKSAK Perak.

15 Mac 2020 (Ahad)

Hari terakhir suami dan semua pasukan MAKSAK Perak berada di Penang dan mereka kembali ke pangkuan keluarga dengan menaiki kenderaan yang sama.

Lewat petang suami saya sampai ke rumah dan selepas solat zohor dan asar, beliau terlelap [mungkin penat].

Malam- kami ke rumah mak dan kebetulan alarm kereta kakak saya tak berhenti berbunyi. Puncanya, kakak saya buka manually dengan kunci spare manakala kunci yang asal tertinggal di dalam kereta abang ipar saya yang kebetulan dah on the way balik ke Teluk Intan. Nak dijadikan cerita dan melengkapkan episod cerita malam tu.... selepas berhempas pulas...anak sedara dan suami menghentikan alarm kereta tersebut, kami berempat akhirnya, ambik keputusan untuk ke Kampar berjumpa abang ipar saya nak ambil kunci kereta kakak saya tu.... alhmadulillah...malam tu selesai segala masalah kami.......

16 Mac 2020 (Isnin)

Suami masih dalam cuti tanpa rekod manakala saya ambil cuti semata-mata nak spend masa dengan suami saya..... so kami keluar makan sama-sama dan beli belah barang dapur sama-sama.....

17 Mac 2020 (Selasa)

Kami buat urusan seperti biasa iaitu pergi dan balik kerja seperti biasa.

Petang tu...suami saya dah mula demam, batuk dan sakit tekak. Ini perkara biasa pada kami sebab kebiasaannya, suami saya kalau balik je dari MAKSAK (setiap tahun) mesti akan demam. Tapi alhamdulillah, saya sihat. Petang tu, sekali lagi kami keluar makan sama-sama dan beli sedikit lagi barang keperluan suami, macam ubat selsema dia lah....

18 Mac 2020 (Rabu)
Bermulalah tempoh PKP.

Petang tu saya ke rumah mak saya berseorangan memandangkan suami demam, maka saya lepak rumah mak sampai isyak. Jarak dari rumah mak ke rumah saya 5 minit je....memang hari2 kalau ikutkan saya mesti akan balik rumah mak....tambah mak saya tak sihat lagi dari pembedahan tulang bahunya tu... mujurlah ada kakak dan anak2 sedara yang jaga mak...so tak susah untuk mak ulang alik ke rumah saya.....Yes...setiap apa yang Allah aturkan itu tersangat perfect.

19 Mac 2020 (Khamis)

Demam suami semakin pulih, tapi katanya masih ada rasa sakit tekak. Dalam group pasukan chess , salah seorang daripada mereka bertanyakan mengenai sesiapa yang ada pergi ke perhimpunan tablig, sebab geng suami saya juga mengalami sakit tekak. Almaklumlah, musim virus yang merbahaya ini, haruslah kesemuanya risau. Alhamdulillah jawapannya tiada dan hati terus rasa lega..... syukurnya.....

Yes..suami saya demam biasa dan sakit tekak tu sebab terlebih makan jeruk....

20 Mac 2020 (Jumaat)

Demam suami semakin pulih.

Petang, semasa kami berdua tengah menonton TV, dalam group wasap suami mengatakan, Pengurus MAKSAK Perak telah +ve covid-19 dan telahpun dibawa ke hospital untuk dikuarantin serta diberi rawatan selanjutnya.

Ketika itu, Pengurus tersebut menjelaskan, beliau sendiri dapat dari close contact seorang Dr yang datang ke pejabat tanpa menyedari beliau +ve covid. Pengurus tersebut memohon maaf kepada mereka semua kerana menyusahkan mereka. Allah.... berat ujiannya.... bukan dia yang nak benda ni berlaku..... kita tempuhi ujian ni sama-sama..... beliau juga ada keluarga yang perlu dijaga......bukan salah dia.... ini semua ujian Allah...... tak perlu nak salahkan sesiapa......

Masa ni bermulalah ujian kami berdua...... jantung berdegup kencang hanya tuhan saja yang tahu. Suami dimaklumkan melalui wasap bahawa mereka akan dihubungi oleh Pegawai KKM untuk mengarahkan kesemua yang ada close contact dengan Pengurus tersebut untuk membuat sarigan covid 19 di tempat yang ditetapkan oleh KKM sendiri.

Benar, petang itu juga seorang pegawai KKM menghubungi suami dan meminta beliau untuk membuat saringan secara drive thru sahaja di Klinik Kesihatan Greentown. Segala detail suami, alamat rumah dan no plate kereta di ambil bagi memudahkan urusan mereka. Kesemua mereka seramai 30 orang telah dihubungi oleh pegawai KKM tersebut.

Sebagai seorang penjawat awam.... haruslah kesemua detail peribadi kita mudah untuk dicari. Kita tak boleh nak lari kemana pun. Hari tu juga kesemua team MAKSAK Perak berjaya dihubungi kecuali pada sesiapa yang tidak jawab panggilan.

Malam tu juga tersebar senarai nama pemain2 MAKSAK Perak yang mana gambar Pengurus yg +ve covid di crop dan dihantar dari satu group ke satu group wasap seperti seorang pesalah yang patut dijatuhkan hukuman padanya..... ya begitu lah yang saya rasa..... dalam tu, mereka meminta...sesiapa yang mengenali nama2 yang tersenarai tu....untuk mengarahkan mereka membuat saringan dan menghubungi KKM yang berhampiran.......[lawak pulak disitu] sedangkan awal2 lagi KKM dah boleh cari mereka2 nih..... satu hal lagi...pegawai KKM sendiri tidak menyebut nama pesakit yang +ve covid tersebut......cuma beliau bagitahu...salah seorang daripada pasukan encik telah +ve covid dan encik sebagai close contact beliau diminta untuk membuat saringan esok jam bla bla bla.... macam tulah ayat dia....

Malam tu juga senarai nama dah tersebar secara meluas sehinggalah masuk dalam group wasap Unit suami saya....

Satu yang mengejutkan......[biar Allah saja yang menilai] DIA lebih tahu apa jua ujian yang DIA nak bagi.....

Kami cuba kuatkan hati..... melalui ujianNya ini dengan redha...... belum lagi tahu keputusan saringan.....suami saya seolah telah dijatuhkan hukuman......hebatnya hukuman manusia.......

Suami dan team adalah close contact dengan Pengurus MAKSAK tersebut melalui berjabat tangan.
Last day tu, sebelum balik ke Ipoh, mereka bersalaman dengan Pengurus tersebut dan mengambil gambar bersama.... tapi menaiki kenderaan yang berlainan.

Jujur...malam tu kami tak boleh tidur......
saya berfikir2.... patutkah saya bgtahu mak dan keluarga saya..... saya takut.....macam2 saya fikir.... mak saya tak sihat lagi pulak....kalau berlakulah apa2...mak saya juga seorang pesakit kronik yang berusia 73 tahun...... saya risau......Ya tuhan......ujian apakah ini........semua terimbas balik dalam fikiran saya.....kalau macam ni kalau macam tu.....semuanya akan melibatkan jaringan yang besar..... mak saya...kakak saya....anak2 sedara saya......bos saya yang sedang pregnant..... sahabat2 saya......Allah.....besarnya jaringannya kalau suami disahkan +ve.......jujur...saya takut......tak henti saya berdoa dan terus berdoa....sehingga saya demam terkejut malam tu sebab terlalu risau....dan stress........

21 Mac 2020 (Sabtu)
Seawal pagi lagi saya call anak sedara saya yang kebetulan bersama kami pada hari selsa tu......dan beliau kini berada bersama mak saya dan saya ceritakan perkara yang sebenar.....alhamdulillah.....dia cool je....saya lega.....

Tak lama lepas tu mak call dan menangis.....ya...mak risau...... tapi saya kena kuat.....saya minta mak basuh telekung yang saya dah guna masa hari rabu tu....walau dah lambat.....saya sangat2 berharap.... mak tak sakit......saya tak nak mak saya sakit lagi......biar saya dgn suami je yang hadap ujian ni.....saya tak nak melibatkan orang2 yang saya sayang.......saya minta mak untuk doakan agar keputusan suami saya -ve. Jujur.... saya rasa sangat2 down.... yang bagi kekuatan saya adalah Allah.....dalam saat macam ni.... hanya DIA saja yang akan menolong kita.....

Dengan berat hati, saya menghubungi bos saya.... saya ceritakan pada bos saya apa yang berlaku.....ini disebabkan kami perlu bertugas menjadi penyelaras bilik gerakan sepanjang tempoh PKP. Saya dikecualikan dalam tugasan tersebut atas sebab2 keselamatan sahabat2 yang lain.
Terus je bos saya doakan saya dan keluarga dibawah lindungan Yang Maha Esa..... tapi saya tahu, bos saya juga risau...sebab hari Selasa tu saya ada ke tempat kerja......siapa yang tak risau......

Pukul 9.30 pagi suami pergi ke Klinik Greentown untuk membuat saringan secara drive thru. Rasanya, pagi tu geng derang yang kena buat...sebab pegawai KKM telah sediakan kit untuk mereka kesemua team MAKSAK.....

Katanya, paling awal 6 jam keputusan akan keluar dan pegawai KKM akan menghubungi jika keputusan nya +ve covid dan paling lewat 14 hari. Suami diminta untuk menjalani self kuarantin selama 14 hari bermula dari tarikh saringan...katanya....so sepanjang itu, saya dan suami memang langsung tak keluar rumah......

Tengah hari tu, sekali lagi pegawai KKM call dan mengambil segala maklumat tentang history perjalanan suami dari hari ahad sampai lah ke hari saringan dibuat..... segala detail ttg saya dan semuanyalah kan...... setiap kali deringan telefon dengan nombor yang lain.....jantung pasti akan berdegup kencang....Allah.....lamanya nak tunggu 48 jam....kerana keputusan sahih akan keluar dalam masa 48 jam....

Malam - sekali lagi senarai nama tu sampai ke wasap group saya..... kali ni dalam group sepupu....tapi senarai tak ada..... malam tu jugak sepupu saya personal wasap saya....

Alhamdulillah.....saya dikelilingi oleh orang2 yang sangat positive.....mereka mendoakan saya......saya bersyukur sangat2.... bukan menyalahkan.....bukan bebal dengan apa yang berlaku......saya dikelilingi oleh sahabat2 yang banyak memberi sokongan pada saya....walau jauh disudut hati mereka....mereka turut risau....sebab saya ada bersama mereka pada selasa tu......kami keluar dan makan sekali.....kami bergelak ketawa sesama dalam jarak yang sangat dekat.......tapi....mereka terus memberi sokongan dan kata-kata positif pada saya.......Allah je mampu balas budi baik mereka.....

22 Mac 2020 (Ahad)

Pagi lagi dapat berita tentang salah seorang daripada close contact yang agak rapat dengan Pengurus tersebut +ve covid dan dibawa ke hospital malam tu jugak.

Masa ni, suami dah macam2 amanatkan pada saya....tuhan je yang tahu perasaan saya masa tu....macam2 dia pesan kat saya..... kalau jadi apa2....jaga amanat dia....Allah.....apa saya nak buat nih....... kalau saya jugak +ve.....macam mana.....Allah..... kami fikir perkara yang worst sebelum nak fikir yang positive......betul.....hari tu memang paling menguji..... suhu badan saya naik mendadak..... wasap tak henti2 bertanya....betul kah? Suami lia ada dalam senarai..... sebab mereka tahu suami saya pemain MAKSAK.....Allah uji satu per satu........dan yer...saya akui...semasa balas wasap2 mereka...saya menangis...... Syukur...punya sahabat seperti mereka.......

Abang saya juga turut call bila dapat tahu senarai nama MAKSAK Perak tu.....
Kita tak boleh nak salahkan sesiapa.....sapa nak perkara buruk terjadi pada diri kitakan...orang yang +ve pun tak tahu dia +ve...dan mereka tak salah.....
Macam2 abang saya pesan..... suruh mkn vit c, suruh minum madu, minum lemon.....sebut je apa.....semua saya dan suami cuba.....

Tak kira lagi kakak sulung yang face time dengan saya hari2..... tanya itu dan ini...memacam pesan..... belum kira abang ipar disini....yang sanggup beli itu dan ini untuk kami....hantar macam2 masakan kakak dan mak ke rumah saya.....hari2 call tanya ok ke tak walau baru je jumpa di pintu pagar..... yer...saya terharu....rupanya ujian ini untuk kita kenal...siapa yang akan bersama kita diwaktu suka dan duka........

21 Mac 2020 (Isnin)

Suami dah melepasi 48 jam...

Masih salah seorang pegawai di Unitnya menghubunginya dan meminta suami mendapatkan keputusan yang sahih bagi memudahkan suami beliau untuk bertugas..... pelik pulak disitu...apa kena mengena dengan suami dia...jauh sangat tu.....awak tu perempuan....suami saya tak dekat pun dengan dia....tetiba..suami dia terlibat sama........pelik manusia nih........bilamana kita ditimpa musibah...ada je manusia seperti ini yang wujud dalam hidup kita....untuk memberi pengajaran pada kita....supaya.....jangan menambahkan kesulitan diatas ujian orang lain......paham ke paham.....

Untuk dapatkan keputusan yang sahih jua untuk memuaskan hati sendiri........saya tebalkan muka saya...meminta bantuan pegawai di unit saya untuk dapatkan keputusan saringan suami....Alhamdulillah...Allah mudahkan urusan kami....suami saya sah -ve covid. Sujud syukur kami..... Bagai terlepas dari hukuman mati.......hati dan perasan saya hanya bersyukur pada DIA......terus saya call mak dan bagitahu keputusan suami...... alhamdulillah.....alhmadulillah.......tapi suami still kena self quarantine selama 14 hari.


Pengajarannya disini....
Walau kita bukan pesakit covid 19, Allah jentikkan dengan ujian sebegini.....supaya kita sedar....tak ada orang pun nak kan musibah ini terjadi dalam hidupnya.....

Yer ujian kita berbeza.....
walau ada yang kata....keputusan pun negatif.....panjang pulak ceritanya....

Yes.... negatif tetapi dianggap sebagai pesalah yang patut dijatuhkan hukuman..... kita belum berada di tempat yang positif....tentunya ujian mereka lebih berat...lebih hebat...... ini pengajaran tuhan pada kami berdua...... supaya tidak mengambil mudah pada perkara ini...... ini bukan satu perkara yang main-main....... ini melibatkan nyawa.......

Dengan ujian ini....kita kenal...siapa yang akan bersama kita memberi sokongan dan dorongan.....ya...masih ramai yang baik dalam dunia ni...namun yang kejam itu juga wujud..... 
Terima kash kepada keluarga dan saudara mara...sahabat handai baik dari pihak saya dan pihak suami.....kerana rata2 personal wasap dan mendoakan yang baik2.....alhamdulillah mengenali mereka......semoga yang baik2 juga mengiringi jalan hidup mereka.......

Saya mengalami stress yang amat sangat sehingga menyebabkan saya rasa down dan demam panas complete sekali dengan batuk dan selsema.... musim2 sebegini.....tak sesuai untuk demam dan batuk...... sehingga seminggu saya mengalami demam panas....dan alhamdulillah....saya pulih sepenuhnya kini.

Nampak tak jaringan untuk kes yang positive covid ini besar...... kenapa saya bercerita mengenai saya dan kakak ke Kampar..... kerana...sekiranya suami disahkan positif [mintak dijauhkan] saya juga pasti mendapat keputusan yang sama sebab saya paling close contact dengan suami saya....siapa yang akan terlibat sama disekeliling saya....haruslah yang utamanya keluarga saya termasuk mak saya.....bos saya....sahabat2 saya.......nampak tak jaringannya luas..... tempat2 yang pernah saya kunjungi........semuanya diambil kira....kita melibatkan ramai orang...... and please.......jangan ditambah kekusutan kami dan mereka yang disahkan positive ini..... jangan memandang mereka seperti jijik untuk didekati...kerana mereka sendiri tak tahu mereka mendekati orang yang positive....orang atas orang.....faham tak....

So...jaga kesihatan...jaga kebersihan....IKUT ARAHAN KERAJAAN....STAY AT HOME please...jangan ambil mudah perkara2 ni......sebab ini melibatkan nyawa....

Alhmadulillah...pengurus MAKSAK dan sahabatnya dah sembuh sepenuhnya dari covid 19 dan mereka telah pun dibenarkan keluar dari hospital.......mereka juga ada keluarga yang perlu mereka risaukan...dan janagn kita tambahkan kekusutan mereka...... 
Jujur...saya fobia nak balik ke rumah mak....saya takut menjadi pembawa..... demi kesihatan dan keselamatan mereka....biarlah saya bekorban.....walau dekat.....tak bermakna saya tak menjenguk...saya jadi anak derhaka.....Allah tahu niat kita....hari2 saya akan call mak saya....kami bersembang macam kan setahun tak jumpa.... baru dengar keceriaan suara mak..... kalau tak hari2 mak akan call dengan suara yang risau...macam2 pesanan.... mak tetap mak........dia tetap syurga saya.......

Moga Allah melindungi saya dan suami, mak dan mertua serta keluarga saya keseluruhannya, saudara mara dan kesemua sahabat saya semua dari terkena virus ini.....DIA yang menghantar tentera virus ini ke dunia.....dan DIA juga yang berkuasa untuk memusnahkan virus ini dari muka bumi ini.....Sungguh tiada daya dan kekuatan kami melainkan dengan kekuasaan dan keagonganNya yang Maha Esa.......Semoga mereka yang terkena virus ini di beri kesembuhan yang sempurna oleh yang Maha Kuasa......Aminnn...Allahumma Aminn.....

Terima kasih kerana membaca entry ini.


AKHIRNYA KE FASA PEMULIHAN

$
0
0
Assalammualaikum dan salam kasih sayang,
Lamanya tak menjenguk blog nih...... 
Alhamdulillah hari ni ada kesempatan untuk menulis di dalam blog ni.
Ni entry yang saya dah ada dalam draf lama dah.... so kita keluarkan je lah hari ni..... tak kesahlahhhhhh raya tak raya......hahahahaa...kita kumpulkan sekali....

Alhamdulillah.... puasa dan raya yang dah berlalu.....
kita laluinya dalam suasana "New Normal".

Jujurnya, sepanjang tempoh PKP ni.... terlalu banyak perkara-perkara positif yang hadir dalam diri saya. Kita memandang hikmah disebalik ujian. InshaaAllah kita dapat yang baik dalam kehidupan kita. Allah tidak akan menguji hambaNYA tanpa sebab.... dan yakin....yang baik juga yang akan hadir dalam kehidupan kita.

Pada awal PKP, Allah menguji saya dan suami yang ada closed contact dengan pesakit covid. Alhamdulillah, selepas 14 hari, suami melepasi saringan kedua dengan keputusan negatif. Dalam tempoh itu, saya dapat anxiety.... ketakutan yang melampau....sehingga saya hilang arah tujuan saya....menangis.....mengeletar.... takut.....semuanya datang tanpa saya jangka..... ..kalau diingat balik..... rasa macam tak percaya saya boleh menghadapi ujian ni..... Sebab ketika itu....virus ini masih baru dan sedang mengganas di serata dunia........sampailah saya kena demam panas..... sehingga menyebabkan kulit saya kering sekering keringnya dan yang paling teruk kena adalah dibahagian kulit muka....habis mengelupas.....kini....masih dalam proses pemulihan (sedih tgk kulit muka sendiri) sampaikan bila demam tu....saya fikir yang saya ke yang terkena covid tu.....ahahaha.... alhamdulillah....tak...tu semua mainan perasaan saya.... 

Apa hikmahNya.....
Satu perkara..... keyakinan pada DIA melebihi dari manusia...... saya tutup mata dan telinga saya dari melihat dan mendengar tentang covid yang akan senantiasa memberi ketakutan pada saya..... saya cabar diri saya.... untuk berhadapan dengan orang...... saya cabar diri saya untuk berani yang berbatas....bukan berani yang keterlaluan...... yang paling penting.... selalu meminta padaNya.....betulkan balik akhlak kita dengan Allah.....renung semula perkara-perkara yang dah kita lakukan sepanjang hidup... Allah tak datangkan ujianNya tanpa sebab....saya banyak buat solat taubat.......yer...bila Allah duga...terasa kerdilnya kita dipandangan Nya......

Selepas itu..... kita masuk pula bulan ramadhan..... 
Dan....hikmah yang paling besar ialah....bilamana....saya dapat bertarawih sendiri di rumah...... dapat solat tahajjud..... dapat tumpukan sepenuhnya pada bulan ramadhan tu sendiri walau ada ketika dipanggil untuk bertugas..... namun....tidak menjejaskan istiqamah kita dalam beribadah....kita juga dapat berjimat cermat..... masa berbuka...kami hanya beli beberapa jenis lauk yang cukup2 untuk kami makan.....untuk sahur...saya dan suami ambil bijirin......dan alhamdulillah....tiada pembaziran......

Dan paling utama.....saya dapat berpeluang belajar memasak.... buat itu dan ini....bukan saja untuk suami.....tetapi untuk mak......alhamdulillah....keberanian untuk balik ke rumah mak hadir bila mak selalu call minta saya balik.... walau jarak tak sejauh mana.....saya takut...saya akan menjadi punca...... minta dijauhkan...... 

Jutaan kesyukuran juga....dalam tempoh ini..... Allah pelihara kami sekeluarga dari segala kemudharatan.....dengan memberi kesihatan yang baik buat mak.......alhamdulillah....itulah perkara yang paling kami harapkan.....supaya Allah senantiasa memberi kesihatan yang cemerlang buat emak saya dan kami semua.....serta kita semua....

Suasana raya juga sangat berbeza dari tahun2 sebelum. 
Tiada sembahyang raya.......solat berjemaah pun perlu mengikut SOP yang ditetapkan...... semuanya itu demi keselamatan kita semua.....maka ingatlah orang2 tersayang disekeliling kita......

Raya kali ni juga tiada kunjungan sanak dan saudara.....
Tiada ziarah menziarahi......
Ada baiknya juga.....pertama...keselamatan emak sebagai warga emas..... dan keselamatan kita semua...... kali ni raya....hanya family saya....dan family kakak saya dan emak..... kitaorang buat VC dengan adik beradik yang berada kat KL....3 family jugak berada kat KL..

Nak tahu hikmahnya beraya masa PKP ni......
hubungan kekeluargaan itu menjadi semakin rapat......bukan bermaksud sebelum ni tak rapat....tapi ikatan kasih sayang tu semakin erat..... kita rindu nak berkumpul bersama.....kita share baju sedondon dalam alam maya.....kita bergambar keluarga dari alam maya juga......kita bergurau senda dari alam maya..... inilah yang sebenar benarnya new normal.....ahahaha..... 

Dalam bulan puasa....kita share resepi....... memasing dah boleh jadi chef.....macam2 masakan kitaorang share..... berusaha nak lawan...sapa masakan paling sedap...paling nampak cantik.....ahahaaa....kutuk mengutuk dalam alam maya..... dan paling dasyat..... abang saya sampai beli thermomix.....dan pastinyalah.....masakan dialah yang paling win kannn.......ala...chef dari German yang masak....of course lah dia menang.......huh......yang pasti....group family semakin rancak dengan macam2 ceritera......=))))

Untuk diri saya sendiri dan suami....
Ibu mertua jauh dari suami....dan kami tak dapat beraya pun dengan mertua.....
Namun suami akan berhubung dengan mamanya hampir setiap hari bertanya khabar. 

Alhamdulillah.... bilamana PM mengumumkan membenarkan untuk merentas negeri....tempat pertama yang kami nak pergi adalah rumah mak mertua saya lah.... dan tak ada plan nak kemana-mana lagi, tambahan kita masih belum menemui vaksin bagi virus merbahaya ini.... tapiii pada sesiapa yang nak bercuti..... itu terpulang.... asalkan mereka menjaga SOP yang ditetapkan.... kita kena sedar diri bahawa kita sekarang sedang berada dalam fasa new normal.... luar biasa.....=)))

Alhamdulillah..... dalam fasa-fasa PKP ni....Allah bagi rezeki pada saya dan suami..... bukan rezeki anak.....tapiiii rezeki lain..... benar.... rezekiNya tu adalah dari yang tidak disangka-sangka.....syukur diatas rezekiNya....sekurang-kurangnya.....kita membantu kerajaan untuk menjana ekonomi negara....hehehe.... walau tak banyak mana pun........

Namun....tidak lari juga pada mereka yang diuji..... 
Yakinlah....dalam kesukaran dan ujian yang Allah berikan itu....PASTI ada kemudahan dipenghujungnya....... yer.... kita berada dalam fasa-fasa yang sangat baru dalam kehidupan kita.....tiada sapa yang mahukan kesukaran.....namun...inilah perkara yang perlu kita lalui dalam kehidupan yang akan tercatit menjadi sejarah dunia...... dan inshaaAllah....akan ada penamatnya.....=)))

Ada juga yang kehilangan orang yang tersayang dalam tempoh ini....dan begitu sukar untuk kita berziarah kerana perlu patuh pada SOP yang ditetapkan.....kita perlu melalui beberapa procedur sebelum kita dibenarkan untuk menziarahi waris...... ada yang tak berpeluang pun berjumpa untuk kali terakhir..... ya.... tempoh ini...banyak memberi pengajaran.....pengalaman....... ada yang suka dan ada yang duka......

Baru-baru ni kakak yang juga selalu menjenguk ke blog saya nih...... kehilangan orang yang disayangi.....tersentuh hati bila membaca kisah suaminya yang pergi pada hari jumaat dan dalam  bulan mulia...iaitu bulan syawal yang baru berlalu......ya...saya juga pernah merasa kehilangan.....and I can feel you kak...... satu perkara yang Allah telah susun dengan rapi..... mereka anak beranak diberi kesempatan untuk menjaga suami dan bapa mereka sehingga ke akhir hayatnya...itulah nikmat yang tidak terhingga...... sempat bergambar bersama walau berlatar belakangkan bilik wad dan katil hospital.....mereka dapat mengabadikan kenangan itu....mereka sempat meminta maaf kepada bapa mereka.....Ya...aturan Allah itu sangat sempurna......dan saya berharap agar kakak kuat menghadapi ujian kehilangan yang sementara ini....... kerana yang kekal....di sana nanti kak..... kepada kakak tersebut dan kepada mereka yang kehilangan orang yang tersayang..... salam takziah diucapkan.....semoga yang pergi ke alam abadi itu ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beriman......

Last but not least..... semoga virus ini cepat hilang dari muka bumi ini.... 
semoga kita menemui vaksin bagi mengelakkan jangkitan terhadap covid 19 ni....
Dah 2 kali post pasal covid nih...... harap lepas ni...saya boleh share perkara lain pulak okeh.....
Nanti ada rezeki...kita jumpa di entry yang akan datang ya.....
So....jaga jarak kita.....jaga diri kita..... sehingga PKPP ini berakhir pada 31 Ogos 2020 tanpa ada sebarang pertambahan kes........InshaaAllah......

Stay safe korang!!


PART 1: CERVICAL SPONDYLOSIS (SAKIT TULANG LEHER)

$
0
0
Assalammualaikum dan salam kasih sayang. 
Ya Allah...rasanya dah lamaaa sangat tak menjenguk blog ni. Rasa janggal dah nak menulis. Tak tahu nak mula dari mana.... maaf kan saya andai tulisan untuk kali ni macam sedikit bercelaru...sebab saya dah lama tak menjenguk blog ni....dan hampir tak tahu nak menulis dan nak mulakan dari mana....hahaha...adoiyai... tapi saya cuba sedaya upaya...walau keadaan tangan saya masih belum pulih sepenuhnya dan adakala tidak memberi kerjasama...saya cuba....inshaaAllah.

Kali ni saya nak berkongsi mengenai pengalaman saya 2 bulan lepas, tentang sakit cervical spondylosis nih atau senang kita panggil dia neck slip disc lah...... rasanya ramai yang dah tahu tentang sakit ni dan mungkin ramai juga yang tak tahu....(macam saya...hahahaa).  Ramai yang wasap, messenger saya dan DM saya ttg bagaimana saya kena sakit nih....apa antara punca dan symptom sakit ni...macam mana boleh kena...bla bla bla..... tapi jujurnya...saya suka nak share.... cuma kadang keadaan diri saya tak mengizinkan.... 

Pengalaman ni baru bagi saya sebenarnya.... memula dapat tahu tu... terima jee dengan hati yang terbuka walau jauh disudut hati.... macam2 perasaan ada....
 
Saya mulakan dengan symptom yg kerap saya alami…. Antara symptom yg sy alami ialah: 
  1. Kerap sakit urat belikat (Pernah pergi ke klinik pkl 3 pg kerana badan tak blh bergerak akibat sakit urat belikat). Masa kena ni...satu badan saya jadi cramp.... menangis saya masa ni..tak tahu nak cakap sakitnya macam mana....aiyoo..kalo teringat balik...rasa macam seriknya... tak nak kena dahh.... ahahaha...
  2. Selalu sakit di bahagian bahu (yg ni terlalu kerap) 
  3. Sakit di area leher (bila duduk lama rasa leher tak selesa)
  4. Sakit belakang (kerap), kalau berdiri lama, atau basuh pinggan.. sakit bahagian pinggang (yang ni bukan sengaja nak mengelak dari buat kerja rumah ea...ni memang apa yang saya alami... nasib dapat pakcik yang memahami... kerja rumah memang beliau yang buat....ahahaha..) Kalau saya duduk lama dalam kete atau duduk bersila lama kat bawah...memang akan sakitlah...so jgn pelik tetiba saya pulak tetiba berubah duduk atas sebaris dengan makcik2 diatas bangku instead of duduk bersila kat bawah dan masa tu saya selalu terfikir...dah macam orang berumur....orang berumur kadang lagi sihat dari saya..... ahahaha.... ehhh....aku ni dah tua ke.... (cakap dalam hati lahhh.....padahal....)
Memula saya memang cakap kat diri.... ala ni biasa je nih.... tapiiii....semakin hari semakin worst sehinggalah tangan kiri saya rasa menyucuk nyucuk dan kebas. Lebih worst lagi...saya tak boleh nak menggenggam.... (semua symptom yang sakit bahu, leher & tangan tu terjadi di bghn kiri bdn saya). 
Bila dah sampai tahap ni...saya dah tak boleh nak duduk diam dan redha...(hahaha). Memula memang ingat jantung.... ni perkara pertama yang saya fikirkan....sebab sakit disebelah kiri kan.... 

Oleh kerana saya ni memang boleh dikatakan hari-hari akan menjenguk mak saya.... so... nak tak nak... datanglah ngada-ngada saya (ai anak manja okeh hahahaa...), saya mengadulah sakit tu kat mak...(nama pun ngengada kannn). So..mak nasihatkan saya untuk pegi check ke Dr yang memang pernah merawat mak masa mak kena sakit di tulang bahu dan pernah buat operation di bahu dengan Dr tu di Pantai Hospital. Dr yang sama juga pernah merawat arwah abah saya ketika ada jangkitan kuman di kaki abah... Mak saya juga pesakit jantung ye dan pernah buat bypass... banyak lah mak share ttg sakit jantung dan symptom sakit bahunya. Jadinya, saya discuss dengan pakcik (pakcik tu saya bahasakan kat suami saya ye.....jgn la pelik...sebab saya mmg suka pelik2 dengan dia...ahahaa) dan saya terima nasihat pakcik untuk pergi ke Orthopaedic dulu untuk buat check up... kalau betul ada masalah urat saraf ke tulang ke... so saya akan teruskan dengan rawatan... kalau bukan.... kita akan ke pakar jantung pulak.... makna kata....kalau dah nak ke hospital tu....memang saya dah sakit sangat lah tu ye....kalau tak... saya akan bertahan je lah.... (sebab degil....rasa macam diri tu kuat sangat...padahal...dan korang akan tahu akibatnya....bacalah sampai habis)

18 Jun 2021 (Jumaat) - 8.30 am
(Klinik Orthopaedic Dato Dr Vasan - Hospital Pantai, Ipoh) ) 




Jujurnya, masa memula niat nk pg klinik tu… saya bersangka.. Dr akan check lps tu akan bg saya mkn ubat… lps tu follow up mcm biasa je….(sangkaan je lahhhh).

Oh ya...ada yang tanya, dimusim musim covid ni perlu ke saya buat appointment dulu untuk berjumpa Dr. Saya tak tahu Dr di bahagian lain atau di hospital lain, tapi untuk jumpa Dr ni, saya just call dan derang suruh walk in je...kebetulan Dr available masa tu. 

Masa memula tunggu giliran tu (nasib lah orang pun tak ramai). Masa tu saya tgk yang datang tu semuanya naik kerusi roda....masih berkata-kata lah dalam hati..betul ke keputusan saya ni pg ke Orthopaedic ke saya pulak yg akan duduk kat kerusi roda tu....(nerves oiii). Tapi kita tawakal je lah kan...dah sampai dah pun. 

Alhamdulillah, time sy pg org mmg tak ramai...so, turn sy sgt cepat. Masa jumpa Dr of course la Dr akan tanya sakit apa...sakit kat mana. So saya bgtahu saya sakit kat bahagian bahu dan tangan saya tak boleh menggenggam. Terus Dr suh dok kat katil sblh dia (sbb dia nk rawat lahhh). Sekali dia tarik tgn sy ke belakang, then tolak tengkuk sy ke depan. Dr tanya.. ada rasa sakit tak? Of course la sakit kan..terus Dr ckp.. you kena slip disc. Ehhh terus muka sy jd blurrr… slip disc bkn selalu kat pinggang ke Dr? (This is my first question bila Dr bgtahu sy kena slip disc ni... ko kena jujur dgn diri ko kan...sbb ko mmg tak tahu & dalam family mmg tak ada sorang pun yang kena....ahahahaaa) Dr jwb….nope.. it can be at your neck (bila dengar tu….. menangis kejap dlm hati.. rasa nk tutup telinga.. tak nak dengar procedure seterusnya..) tapi Dr ni tegas org nya.. terus suruh buat X-ray & MRI. Sekali lg sy tergamam.. benda (MRI) yg seumur hidup tak pernah buat… hari tu kena buat (sekali lg menangis dlm hati). Pakcik sempat lg nak sakitkan hati kita....dia cakap...takziah...sambil usap belakang saya....kuangajarrrr....... ahahaaaa.....Terus nurse siapkan slip utk sy bwk pi x-ray + MRI (dia siap call MRI department utk bg keutamaan pd sy sbb Dr nak result tu cepat… mungkin tgh hari tu Dr ada hal.. mungkin..) So, pegilah sy ditemani pakcik utk buat x-ray. Lps tu utk MRI hanya sy sorang shj dibenarkn masuk. Pakcik dok kat luar. Masa tu hati berdebar2 kot. Betul ke sy nk masuk terowong ajaib tu.. xtray ok lg lah… ni yg MRI ni… sbb sblm ni mcm2 ceritalah sy dengar & baca. Sbbkn cerita2 tu lah bg sy lg nerves… 

Disebabkan saya tgh rajin... meh saya ceritakn pengalaman saya masuk MRI ni. 

Pengalaman ms buat MRI (sajalah nak share). Pertama ko kena salin baju yg hospital sediakan. Pastikan ko tak pakai segala jam barang kemas semua (apa ko ingat nk pg kenduri ke nk pakai barang kemas bagai hahaha…pastikn siap2 buka semuanya ok..sbb derang akn tanya… puan ada pakai anting2, dah buka semua jam.. barang kemas… bla bla bla....samalah kalo ko nak buat x-tray pun...ni saja je lah nak tambahkan cerita...haha) Lps tu, dia suh baring (yg guide sy tu perempuan ya) dia ltk headphone kat telinga (ada muzik.. tp slow la tapi), lps tu ada benda dia ltk kat depan muka kita. Then dia bgtahu, puan akn ada kat dlm terowong ni 15 minit ya… tenang je… ni button (semacam hon ice cream tu hihihi) puan picit ni kalo ada rasa tak selesa ke… sy akn bwk puan keluar… (ni kalo tetiba kita rasa takut atau tak selesa la) so dia pun start tekan button dan perlahan lahan kita bergerak masuk dlm terowong tu..(jujurnya sy tutup mata sepanjang 15 minit kat dlm tu… soo jgn tanya apa yg sy nampak… gelap ke terang ke… ada lampu lip lap lip lap ke….hihihi). Sepanjang kat dlm tu..tak la gerun sgt (dlm hati terus ckp… ni kalo pakcik yg masuk ni… confirm org tua tu tido… hahaha) 

So far for me....Ok je lah dlm tu… walau mcm2 bunyi ko akan dengar. Dengar siren lah, bunyi ketuk2 mcm org bertukang lah… mcm2 la.. tetiba badan bergegar sikit je.. lps tu dia akn bergerak ke depan.. ke belakang.. (tapi ada je org yg phobia tpt2 sempit… tak blh la kita nk mengata mcm kita ni berani sgt… sbb pd awalnya mmg nerves jugekkkk…tp jujurnya tak sempit sgt lah… biasa je…) tapi sy ckp kat diri sendiri utk lawan perasaan yg mcm2 tu…. aku nak sihat… aku nak sihat… kuatkan aku ya Allah… lps tu sepanjang dlm tu.. ko berzikir je lahhh..…. Ok je… fikir nak sihat je.. dlm pd tgh berzikir, sy masih sempat bygkan pengembaraan doremon ke alam lain yaa… hahahaha… ko rasa… masihhhh nk main2 kannn…  bila dah habis 15 minit proses kat dlm terowong tu… kita dibawa keluar… cik puan tu siap ckp… puan nampak tenang je…. (Tergelak kita dlm hati….tenanglah sgt….ko tak tahu aku bygkn pengembaraan doraemon kat dlm tu…. hihihi). Dah berdiri bagai… sy tgk terowong tu… oh tak panjang sgt terowong ni ea…. Lps tu cik puan tu ckp…. Oh bila puan masuk tadi.. automatic dia akn jd panjang sikit…. Terus sy pun ckp…. Ohh okkk… tp tak la sepanjang terowong monora tu kan… tergelak cik puan tuuu hahaha… 

 Alhamdulillah… selesai satu bab. Lps buat bayaran… result sepenuhnya (yg utk simpanan kita) akn dpt lambat… tapi soft copy tu derang dah email sesiap ke Dr. 

Google image

Ni la terowong MRI tu (lebih kuranglah kat mana2 hospital pun (pada sapa yang tak tahu) tapi rasanya ramai je yang dah tahu 

Google image

Lebih kurang mcm ni la benda yg dia letak kat depan muka saya tu

Ok..ada jugak yang bertanya, MRI & X-ray saya guna medical card ke? Jawapannya tidak dik... sebab kita nak tahu result tu cepat..makanya...bayo le sendiri. Ikut la plan apa yang awak ambik ok.... utk case ni...jangan tanya saya...saya bukan org yg arif.....ahahaaa...

Selepas X-ray + MRI sy dan suami pi semula ke klinik utk jumpa Dr dan nak tahu result. Mmg nerves tuhan je lah yg tahu kann.. masa jumpa…  Dr. Mmg dah siap buka komputer dan yes.. tu result sy… Dr mention nama penuh sy then ckp… your MRI result tak berapa bagus… aiyokk ternganga la kejap… Dr suh diri sebelah dia utk tgk result MRI saya yang tak berapa bagus tu.... So Dr terangkn pd saya mcm ni…. you punya disc kat leher kiri (sepanjang tu start dari) C3/C4 & C4/C5, C5/C6 & C6/C7 ada masalah. Yang paling ketara di C5/C6 & C6/C7. Yang paling banyak terkeluar dan hampir terkena saraf tunjang C6/C7. 

Google image

I was like…. ternganga kejap… ada dua benda.. satu mmg tak faham… hahahaha apa C4 C5 ishhhhh… kedua.. ehhh mcm serius je sakit aku nihhh (ckp dlm hati lahhhh..). Lps tu Dr tgk muka sy. Dr tahu saya tak faham.....so dia ambik bones skeleton (bhgn leher) tunjuk kat sy dan terangkn part mana yg terkeluar dan C4/5 C5/6 & C6/7 tu… ok faham dah hahahaha… (dah faham… automatic terus rasa takut nk dengar step seterusnya). 

Bila dah tahu result... macam2 yang kami tanya. Haruslah kita nak tahu apa punca boleh dapatnya sakit nih.... 

Dr pun jelaskan.... antara puncanya...mungkin posture duduk yang salah, salah tidur, or selalu tgk komputer, pernah jatuh/accident, selalu buat kerja berat, stress and ada banyak reason sebenarnya yang kita tak sedar yang kita selalu buat diluar kemampuan badan kita. Kita rasa kita mampu buat tapi hakikatnya badan kita tak mampu.... (lebih kurang macam tu lah). Lepas tu Dr tanya saya...which part yang saya rasa..saya boleh kena sakit ni..... masa ni saya terdiam... sebab nak kata saya buat kerja berat....kerja rumah semua pakcik yang buat....ahahaaaa...mungkin sebab saya dah 12 tahun drive dari Ipoh ke Batu Gajah pergi dan balik...lepas tu kadang2 stress dengan kete lain...ahahaa... lepas tu saya pernah beberapa kali jatuh....selalu tgk komputer dan saya rasa..tu lah antara punca saya kena sakit nih.....

Kita ke step seterusnya.

 Lepas jelaskan result MRI & X-ray saya, Dr jelaskan step seterusnya. Base on result, C6/C7, disc dah terkeluar banyak dari tulang saya (masa ni Dr besarkan dalam komputer dia lah...kat bahagian yang teruk ni....mmg boleh nampak macam dekat je nak kena kat saraf....dan sebab tu tangan saya dah start sakit) So Dr suggest utk terus operate untuk gantikan disc yang baru. Ianya hampir terkena saraf tunjang saya dan boleh mengakibatkan lumpuh. Masa ni saya tanya Dr untuk option lain selain operation...(tak kan nak serah tengkuk kot...ahahaha.... masa ni mcm2 saya bayangkan.....kecut perut sekejap....nak sihat tapi tak nak operation...boleh takkkk). 

Dr bagi option lain untuk buat minor surgery yang dipanggil Percutaneous Laser DiscectomyProcedure untuk semua disc yang terkeluar tu.. tapi... ada tapi yer... PLDD ni hanya menjamin 70% sahaja disc di C6/C7 tu dimasukkan. So saya akan hadap juga sakit tu around 30-40% sepanjang masa. Ini kes saya la. 

Lepas Dr jelaskan semua, terus dia setkan tarikh untuk buat PLDD tu. Masa tu macam tenganga sekali lagi (ahahahaa...) tak boleh tangguh ya... sebab condition saya agak teruk (ni Dr yang bgtahu...bukan saya yg pepandai ltk kan diri saya di condition itu). So Dr setkan tarikh 21.06.2021 (Isnin) untuk buat PLDD and selasa dah boleh discharge.

Untuk hari tu, Dr bekalkan saya dengan ubat saraf untuk kurangkan sakit di bahagian bahu hingga ke tangan saya. 

Sebelum saya keluar dari bilik Dr. selepas saya say good bye & tqvm Dr. sempatlah Dr tegur saya....

"Saya tgk you ni macam ok...macam tak sakit apa...boleh senyum..sembang mcm biasa.... tapi based on your result... result tu mmg tak bagus and sepatutnya...you bukan macam ni....I kagum dengan semangat you lah.... u’re just like your mother...kuat lah..." (tgk la maknya sapa..... hahaha.... saya tak tahu nak cerita sakit kat org. Mungkin sebab saya tak nak org tahu...atau mmg pada saya sakit tu biasa...ntah lah.... dah tak sakit takkan nak tunjuk sakit...eh ntah lah....tapi jauh disudut hati.... saya juga berbangga Dr cakap macam tu....ahahahaaa...at least semangat mak ada bersama saya.....lebiu mak (sambil flip tudung...tiberrr))

Sebelum balik, Nurse buat la sikit note then terangkn pd sy yg isnin kena puasa… dtg terus ke klinik utk buat swab test lps dapat result swab test, tgh hari Dr akan teruskan dengan procedure… 

Kita jumpa di part 2. 

Part 2- CERVICAL SPONDYLOSIS (SAKIT TULANG LEHER)

$
0
0

Sambungan daripada Part 1 (boleh baca di link kat bawah ni)


Nak share link pun saya dah lupa....punya lama tak berblog... saya menulis ni pun sebab nak share experience saya terkena sakit ni.. 

21 Jun 2021 - Isnin - 8.30 pagi  
Hospital Pantai Ipoh

2 hari sblm nak buat PLDD (Percutaneous laser disc decompression), perasaan tu mcm2. Tapi yg nyata, tgn kiri semakin kebas dan melarat ke kaki kiri pulak. Bila berjalan, rasa sakit dan kebas. So, tindakan sy utk pg jumpa Dr pd hr jumaat tu sgtlah tepat. Keadaan semakin hari semakin teruk and now sy fahamlah kenapa Dr nak buat cepat procedure tu tanpa suruh saya buat fisio terlebih dahulu. 

Sblm nk jalani procedure tu, harus kita jumpa mak (ai kan anak manja....hahahaa...) mintak mak doakan agar semuanya berjalan lancar.  Maklumlah di musim pendamik ni...jangan kata nak ikut tunggu sekali... nak dtg melawat pun mmg tak dibenarkan.... Rasanya lebih elok begitu untuk kurangkan penyebaran wabak.... dan mak pulak warga emas yang berisiko tinggi pulak tu terhadap jangkitan.....tak sesuai pun nak dtg ke apa ke... apa gunanya ada pakcik... dialah yang dok mengadap saya dari pagi sampai ke malam.... tgk umurlah...bukan budak2 lagi ye dak...ahahaa... tapiii tetap mengaku anak manja omak....(ngengada kann).

Masa nak balik dari rumah mak tu... rasa esoknya macam nak pergi berperang...ahahaa...menitik juga air mata ai.. bila dengar je ayat mak..."semoga selamat semuanya.....mak doakan..." (ada nada sebak disitu) dan masa tu lah teringatkan abah… aaargg macam2 perasaan… al maklumlah, seumur hidup (dah umur 40an ni lah) baru ni first time nk masuk ke OT(emo kejap). Masa kecik adalah masuk OT...tapi tu masa tak de perasaan....so tak payah kiralah kan....hehehe...

8.30 pg Isnin tu, awal2 dah tercangok kat depan klinik. First thing, nurse tu akn buatkan slip utk kita buat swab (procedure wajib sblm nk buat ot & admitted). Tunggu ada staff yg akn ambik kita dan bwk ke tpt swab. Mmg tak ramai lah kannnn… sy pg je, terus kena buat. Ko rasaaaa… ni first time buat swab test. Kalo saja2 nk buat mmg takkkk lahhh… So perasaan saya masa tu lbh kpd excited dan nk tahu rasanya mcm mana (pelik2 kan.. hahaha). Sy suruh suami ambik gambar tapi jgn post (confirm muka hodoh nak mam hahaha). Sy kena buat swab kat hidung. Dedua belah… lps tu suami ckp…. Mmg tak blh post… muka awak hodoh… kecik beso kecik beso aku tgk org tua ni.. tapi malas nak derhaka… sebab kejap lg nak masuk ot... kang tak sedar terus naya.....hahaha… 

Pengalaman swab (sajalah nak share) 

Memula rasa nerves la jugak… sekali terus je nurse / Dr yg buat swab tu suruh dongak sikit.. then cepat2 masukkan benda kecik dan runcing dlm hidung, lps tu dia pusing2 ntah berapa kali lps tu dgn pantas masukkan benda tu jugak kat lubang hidung lg satu pusing2 dah settle… tapi rasa dia…. Lps tu mmg hidung ko akn berair pakej sekali dgn berair mata… hahahaha… tapi lps 5 minit mcm tu.. dah tak rasa apa2. Ok je lah… tapiiii… kalo ko suruh buat sekali lagi… mintak hampunnn ya.. sbb perasaan tu dah x sama… memula ni ko excited… kalo dah kali kedua ketiga.. ko dah blh bayangkn mcm2 perasaan… hahaha…(ntah apa2 je kan).

Lps buat swab test, sy di tempatkan di satu bilik khas utk kuarantin diri sampailah keluar result. Lbh kurang 2 jam baru keluar result. So ms ni tak blh ada yg teman.. kebetulan ms dok kuarantin dlm bilik tu ada sorang kak ni.. dia pun nk admitted & laser kat pinggang sbb slip disc  jugak tapi Dr yg berlainan. So ms ni lah berpakat dgn kak tu nk bilik sekali… hahaha… cumanya kak tu jalani procedurenya esok.. sy hari tu jugak… puncanya.... pakcik nak suruh ambik bilik sorang kononnya dia nak la jaga isteri dia nih.....tapiii disebabkan pendamik ni... hospital tak benarkan sesiapa pun tunggu pesakit di ward... so tak kan ko nak jerat diri sendiri dok bilik sensorang pulak.... memang tak lah.... ahahaha... tapikan...kalaulah hospital benarkan org jaga dan tetapkan rules...sapa yg nak jaga..kena buat swab test...pada saya ok jugaklah... sebabnya...kalao duduk bilik sorang lebih selamat kot...sebab ko tak kan terima pelawat untuk patient yang lain tu kat dalam bilik tu kan... KL boleh je kan... kat sini mmg tak boleh....akur je lah kan....pada saya ok je memana pun.... ko dok bilik sorang ke apa ke....tetapppp sakit kannn....cuma dari segi keselesaan je lah.... tak pyh nak pakai tudung sepanjang masa... sakit sakit jugak....aurat ko kena jaga jugak kan....

Ms dlm tempoh ms kuarantin tu, nurse ambik darah, ambik bacaan tekanan darah & check suhu badan. Lps tu bg baju ot… dia suruh tanggal semua… hahaha… ko kena akur dgn rules ni… nak tak nak… malu tak malu… kena jugakkkkk… (tutup muka dgn topeng doraemon). Saya bgtahu kat sini sebab ini pengalaman pertama saya....bila sahabat2 cite pengalaman derang masuk ot sebab nak beranak.... sekarang saya fahamlah kan perasaan tu...ko kena ketepikan malu.... tapi jujurnya... memang saya malu....ahahaaaa....

Lbh kurang dua jam jugaklah. Tgh sembang2 dgn kak sebelah tu...share pengalaman sakit...(sbb kami berdua je) nurse ketuk pintu suruh sy salin baju ot segera sbb result dah keluar & Dr dah ready kat ot. Terus call suami… tapi sblm tu sempat tanya nurse.. result swab sy ok tak… (takut lah jugak… walaupun mmg sy tak kemana punnnn.. sajalah nk beramah mesra dgn nurse tu… hahahaha). Kalo tak ok tak kan blh terus dgn procedure ye dak… mmg kakak sblh tu blh gelakkan sy lahhhh.. tak pe kak.. hiburan utk akak jugak.. bila sy salin baju ot tu… sambil ckp kat kak tu… kak tutup mata kak… jgn tgk… sy….maluuuu… hahaha… nurse ambik sy dgn wheelchair… dan dia bg blanket utk tutup kaki kita… so sepanjang dia bwk tu… mmg sy x pandang org… bila dah sampai nk masuk bilik ot, nampak suami dah siap tunggu sy kat luar tu… dia siap ambik gambar… sambil tu sempat pesan kat dia….awak jgn post kat fb…. Gambar buruk sy mcm ni… hahaha (ko rasa dia nk dengar cakap aku…. Hahaha). 

My first experience di bilik OT (saya rajin nak share...kalau berminat bacalah.... ahahaha)

Sebelum masuk ke dalam ruang bilik recovery/menunggu giliran utk masuk ke OT ada satu bilik… sy disuruh baring atas katil then baru derang tolak sy di bilik menunggu tu. Kat situ.. nampaklah ada yg tak sedar diri lps buat operation. Jujurnya… nurse kat situ semuanya baik2. Derang tak bg kita nerves. Semuanya mesra sgt. Siap blh sembang & gelak2 dgn sy (ke aku yg terlebih peramah nihhhhh.. aiyoook). Derang bgtahu la kat sy, nanti pakar bius akn dtg check akak. Jgn takut tau kak… relax je tau.. inshaaAllah.. semua ok… masa tu saya tanya....saya kena bius satu badan ke.... dan nurse cakap yes.... full anaesthetic ke apa ntah terms dia... so..ko dah ada kat dalam bilik tu kan.... takkn ko nk lari pulak kan….hahaha… berserah je lah.... 

Mmg tak berapa lama, dtg Dr lelaki ni (melayu) beliau perkenalkn diri… masih ckp kat sy… puan relax je ok…. 

Kurang dari 10 minit, sy ditolak masuk ke ot. Dato Dr Vasan sambut saya….dan ckp kat saya… are you ok… just relax ok… hihihi… muka macam terpaksa senyum hahahaha… ramai jugaklah org dlm ot tu… dan kebanyakkannya lelaki… dan ada lah nurse perempuan yg baik2 tadi sembang dgn saya…. (Maluuuu nya weiiii.. tapi nak sihat kan.. ko tolak malu tu ketepi kejap hahaha) Masa tu rasa sejuk ya amat tapi blh brtahan lg la.. so kat OT lah Dr bius tu cucuk jarum kat tgn sy utk masukkan ubat. Masa tu Dr terangkan... procedure PLDD tu ambik masa lebih kurang 40 minit macam tu...utk kes saya lah... Dan alhamdulillah… Allah mudahkn bg sy bila sy tak rasa sakit pun masa Dr tu masukkan jarum kat tgn saya… lps tu Dr minta buat ECG utk check jantung saya… alhamdulillah semua nya ok.. then Dr cucuk ubat… dan bg sy sedut gas mcm oksigen (tak tahu lah medical terms nya apa) tu… lps tu sy dengar nurse yg baik tu ckp… akak kalo rasa ngantuk… tidur je kak… jgn tahan2.. ok.. mmg mengantuk… tak lama lps tu terus sy dah tak sedar apa. Sblm tu sempatlah saya mengucap kan.... takutlah kot tak sedar terus kan... (takutlah weiii).

Pada tahap ni.... memang kita tak sedar apa yg derang buat kat kita..... aiyooo...mungkin saya ni sejenis yang banyak fikir benda2 yang kalau jadi macam ni...macam mana....kalau la tgh tak sedar tu tetiba jadi gempa bumi.....macam mana ya....Ya Allah...melalut lalut la pulak aku taip ni...... (memang sejenis yang suka sgt fikir benda bukan2....) dah kata tak sedar kan....memang mati katak puru je lah kann kat situ......ahahahaaa...... (ok ok...ni selingan je tauu....otak saya mmg selalu fikir diluar jangkaan).


Sumber dari Youtube

So macam ni lah PLDD ni dijalankan.
Dan saya tak pasti pulak berapa jarum yang masuk ke leher saya untuk PLDD ni.

Ntah berapa lama bermimpi.. sy tersedar dan rasa mcm ada jarum keluar dr leher sy… then dengar Dr ckp.. successful… lps tu Dr bius tepuk pipi sy panggil2 nama saya suruh bukak mata… lps dah buka mata, derang tolak sy ke bilik recovery tadi sambil check bacaan jantung sy semua. 

Masa tu sempat lg nurse yg baik ngan sy tu tanya… akak ok tak… sy jawab ok… sempat lg la dia ckp.. akakkkk… sy tak percaya umur akak tuu…. Akak nampak jauh lbh muda dari umur akak…. kulit akak cantik… sambil rasa2 kulit muka sy nih… (dlm tgh aku mamai tuuu… ko bg aku perasan nak mam… adik nurse oiii…. Kena simpan sini utk rasa perasan yg lebih2 lagi… hahahaha). Ko tak nampak ke akak ko ni pakai make up bagai ms nk ke hospital tadi (sy ckp dlm hati lah tapiiii hahahaha… kesahnyaaaa... tapi masa tu saya boleh senyum je lah...ehhh sempat jugaklah cakap tqqq...) gelak besar masa menulis nih... (sumpah...sekarang ni muka derang pun saya tak cam dah.....ahahaaaaa). Kalau lah ko nampak muka akak yang real dik tanpa make up bagai...confirm ko tarik balik kata2 ko dik..... hahahaa... (gelak sambil tutup mulut). 

Lps tu nurse yg nak tolak sy ke ward pun bgtahu.. akak duduk sekali dgn kakak yg sama kuarantin dgn akak tu tadi ea… ok nurse…  sambil tunjuk tanda good kat dia… tersengih dia… (mmg laklok sgt kannn hihi) 

Tak lama lps tu, derang tolak sy ke ward. Masa tu tgh mamai… rasa berpeluh2 dahi sy… baru rasa lapar nak mam… lps tu rasa hypo.. sbb hemoglobin dlm badan sy tak stable.. so mmg kerap la rasa nk pitam pun ada.. masa tu baru perasan ada benda kat tengkuk sy which is neck support.. so tertongak lah di atas katil ituuu… ms on the way ke ward, nampak pakcik… dlm pd tgh mamai tu… blh ckp kat dia… saya kena hypo ni… bg sy gula2…. (Ko rasaaaaa….) yg org tua tu pun.. bagi sy gula2 mentos 2 biji hahaha.. lps masuk ward.. mintak milo panas kat nurse… minum sikit… sekali org tua tu bg milo kotak… sy minum mcm x hingat dunia… hihihi.. lps 10 minit… ambik ko… sy muntah balik semuanya…3 kali muntah lah kiranya…. Tp setiap kali lps muntah rasa lega ya amat. (Eh dah kenapa semua biji benda aku cite kat sini hahahahahaa… lantaklah… byk sgt ms kannn).

Masa tgh pening mamai mcm tu… dtg la nurse yg kat klinik tu jumpa sy. Bgtahulah.. akak akn kena pakai neck support ni… lps tu nanti akak kena buat exercise mcm ni mcm ni (sambil tunjuk cara exercise tengkuk) bla bla bla.. benda ni ambik masa 3-6 bulan untuk sembuh sepenuhnya… macam2 lah dia jelaskan pada saya...jujurnya...memang saya pening ya amat kesan dari ubat bius tu....lps tu dlm pd tgh pening tu… sy masih sempat lah tanya ngan dia… bila benda kat tengkuk ni blh bukak…. Dia jwb.. Dato akn bukakan utk akak… akak sabar kejap ea… tp akak kena pakai tauuuu to protect tengkuk akak… ok… mana Dr niiii…mulalah saya merengek dengan pakcik.....ahahahaaa....(ngengada...tapi dgn suami sendiri tak ngapa kan....)

Sementara tu… suami pun bersoal jawab lah dgn saya… ok ke tak.. mcm mana dlm ot tadi…orang tgh pening...dia tanya macam2...memang tak lahhhh nak layan kan...ahahaha.... tapi one thing.. dia ni sgt sabar la melayan kerenah aku nih… hahaha… dia nampak sy tgh pening…. Kejap paling ke kiri kejap paling ke kanan… tak reti dok diam.. tetiba dia bg phone.. nahhh… ramaiiiii yg doakan awak… tgk lahhh…. Sambil bg phone kat saya… masa tu macam pelik..... sebab setahu saya...tak ramai yg tahu saya buat PLDD ni.....adoiyaiii....orang tua ni.....Sy pun bukak phone… tgk gambo sy… elok pulak tu dia padamkn tang aurat sy tuuu…. Terus bg balik phone kat dia… rasa nk trmuntah tgk phone… simpan lah…(saya cakap kat dia... hahaha…) terus org tua tu gelak dan ckp.. sejak sakit terus tak suka phone yer… (ko diammmm ko diammm) hahaha…. Jujurnya mmg byk sgt wasap, dm & msg yg masuk tanya itu ini kat sy… maaflah.. mmg x blh nk jwb. Dah sihat sikit baru saya jawab satu per satu...

Dalam sejam mcm tu, Dr round and tgk sy. Dr ckp setakat ni PLDD tu berjaya & semua nya berjaya trmasuk C6/C7 tu… syukur sgt2. Lps tu tak pyh disuruh suruh, Dr terus buka neck support tu… ya ampunnnn leganyaaaaa…. Lps tu Dr suruh nurse bg ubat tahan muntah dan ubat tahan sakit kat sy… semuanya derang inject kat tgn sy yg dah tersedia dicucuk jarum ms kat ot tadi… ms nurse cucuk ubat tu mmg terasa la ubat tu masuk… terus ckp kat nurse… terasa ubat tu laju masuk mcm di pam pam ke dlm urat saraf akak nih….hihihi… nurse pun tersengih dgn perangai aku ni…. Dia ckp.. akak ni mcm2 la… suka dgn akak ni… ceria je… (aku ckp mcm tu pun ko kata ceria dik…. Hahaha…) 

Dah nk mlm sikit… rasa semakin ok.. dah kuranglah pening… pakcik masih setia menunggu sy.. dia tunggu sampai pkl 9 mlm je.. ok lah.. sian dia kena cuci muntah isteri semua bagai.... ahahaa..bila tgk saya dah agak selesa... barulah dia balik....

Simpan untuk kenangan

Lps suami dah balik… ward jd sunyi je… ms tu dah blh balas2 wasap sikit2… tp tak semua la… (kakak tak larat okey…) so sy pun selak tirai sebelah… akakkkk… hahaha.. terus akak tu senyum…masa tu sy tak terfikir kakak tu dah tido ke apa ke....(kadang saya ni... datang mood yang macam tu.... main redah je....ampun kak...) akak tu tanya sy ok ke tak…  (dgn konfiden je sy jwb ngan akak tu...tak sakit...ok je.... lupa kisah muntah segala tu...ahahahaaa). Lps tu kitaorg sembang sampai dekat pkl 12 tgh mlm.. siap bukak tirai sbb masing2 tak berani… hihihi… tp mlm tu pun x berapa blh tidur… tak selesa bilamana ko kena tido melentang.. (bahu harus di atas bantal dan kepala ko akn mendongak sikit… tu cara yg nurse tu ajar…. dan itu posisi yg betul) sesekali mengiring blh kanan je… tp mmg tak selesa la blh dikatakan… masa tu la trbayangkn mak & abah…(mcm ni lah agaknya mak ngan abah rasa) terbayangkn ank sedara sy yg hampir 3 minggu admitted… siannya derang yg trpaksa duduk lama kat hospital tu…. Saya yang baru satu malam pun dah rasa mcm… cepatlah siang… nak balikkk… mcm tu la perasaan nya bg org yg baru first time tido di ward… moga tak akn berulang lg kisah nih…..hihihi… 

Sebelum2 ni (secara peribadi) pernah menjalani rawatan disini… tp x de la sampai admitted… ada jugak ke emergency disebabkn vertigo… dan ada jugak ke emergency HRPB kerana jantung laju… dan alhamdulillah… utk semua urusan tu… Allah permudahkan segalanya…


Ok kita jumpa part 3.


Part 3- CERVICAL SPONDYLOSIS (SAKIT TULANG LEHER)

$
0
0
Sambungan dari Part 1 & Part 2 boleh baca di link dibawah ya.

Part 1- Cervical Spondylosis (Sakit Tulang Leher)

Part 2- Cervical Spondylosis (Sakit Tulang Leher)

Perkongsian ini agak panjang...sebab saya tak nak ada part yang ke 4 dah..... kita sekali harung kat Part 3 ni je lah ye.... 

22 Jun 2021 (Selasa) 
Wad Hospital Pantai Ipoh

Bilamana berada kat hospital, harus lah tak boleh nak tidur lena. Setiap beberapa jam, nurse akan datang utk check bacaan darah, suhu badan  dan oksigen dalam darah kita. Awal pagi lagi saya dah bangun dan bersiap. Sembang2 dengan akak sebelah tu yang mana akak tu kena puasa sebab nak jalani procedure dia harini. Dan awal pagi jugak akak tu dah pakai baju OT. 

Pepagi lagi, awal nurse ambik saya untuk jumpa Dr di klinik. Macam biasa, nurse tolak saya guna wheelchair dan memang saya kena pakai neck support lah kan.... terkial kial nak pakai benda alah tu yang dah macam robot je bila tgk diri sendiri pakai benda tu.... Masa tu pakcik tak sampai lagi...dia baru on the way katanya. Memula saya mmg tak nak naik wheelchair tu.... cakap kat nurse tu kata saya boleh je jalan.... tapi nurse tetap tak bagi.... so kena lah akur kan... 

Oh ye... mesti pelik kan..kenapa dengan Dr ni, inpatient kena pergi ke klinik Dr untuk rawatan susulan, salah satu sebab, memudahkan Dr untuk tunjuk kat kita gambarajah kedudukan tulang kita. Ini bagi patient yang Dr rasa boleh bergerak...yang mana tak boleh bergerak tu, Dr kena jugaklah pg ke ward untuk rawatan.... 

Masa tgh menunggu tu.... saya mula teringat balik... sebelum ni... saya tgk org duduk atas wheelchair ni...dan sekarang...aku pulak yang duduk atas nih..... mmg tak salah lah jangkaan masa memula terdetik kat hati tu.....lenkali...nak fikir yang murni2 je......hahaha...

wajah baru sementara nak sihat

So saya jumpa pakcik di Klinik je yang mana klinik tu sama level dengan ward. Pakcik sampai, saya dah masuk jumpa Dr. Tak lama pun menunggu. Masa jumpa Dr tu... macam2 la Dr tanya. Pepagi dah ceria....tu ayat Dr pada saya.... muka you nampak lebih ceria hari ni compare yesterday..... so saya jawablah...of course la Dr. semalam saya takut sbb nak serah leher saya......hari ni dah ok sebab tak sabar nak balik....ahahaha....memang Dr tergelak besar okeh... 

Macam biasa lah.... Dr tanya keadaan saya lps buat PLDD tu... dan Dr jelaskan...PLDD tu berjaya. Tetapi, bukan bermakna, selepas buat PLDD tu kita akan sembuh sepenuhnya. Tempoh pemulihan itu akan mengambil masa yang agak lama... iaitu 3-6 bulan.  

Masa tu saya ternganga sekejap.... sebab saya tak aspect akan ambik masa yang agak lama....sebab sebelum buat, Dr tak jelaskan pun tempoh masa pemulihan.... dan saya pun tak tanya.....so ayat yang tak boleh blah keluar dari mulut saya.... I thought semalam buat, hari ni saya dah ok & boleh berlari Dr. (ko kena bersikap jujur jugak bila tiba part yang ko tak aspect langsung kannn.....ahahaa...)

Saya tgk Dr tu terdiam sekejap tgk muka aku yang tak berapa nak lawa ni.... ahahahaaa..... Dr siap cakap... you nak berlari..........leher you nak pakai lama kan...so...you better ikut nasihat saya..... lps keluar dari bilik saya ni...you jangan nak berlari pulak..... ahahaha.... memang saya tergelak besar okeh.....

Banyak Dr jelaskan pada saya tentang bagaimana cara untuk menjaga leher saya nih. Nanti saya jelaskan di bawah ya...

Dan paling best, Dr bagi saya discharge hari ni jugak.... tanpa sengaja.....aku boleh ber yeayyyyyyy kat depan Dr. ahahaaaaa... untuk kali ni... Dr bagi MC selama 17 hari, dan akan sambung MC selepas 17 hari saya dtg check up dengan dia. Actually, Dr akan bagi MC based on progress kesihatan kita. Ianya bergantung pada orang tu. Ada orang yang proses penyembuhannya cepat sebab slip disc dia tak teruk...mungkin ada satu atau dua tempat sahaja...Ada setengah orang, mungkin akan ambil masa yang lama untuk sembuh... antara 3-6 bulan. Untuk kes saya.... Dr anggarkan 3-6 bulan... tu kata Dr lah.. sebab katanya... C6/C7 saya tu akan effect pada tangan kiri saya... dan proses untuk penyembuhan saraf saya mungkin akan ambik masa. So anggaran Dr, dia akan bagi saya MC selama lebih kurang 3 hingga 4 bulan atau 6 bulan bergantung pada keadaan saya.... lagi sekali saya ternganga... tak kan lama sangat Dr..... (berani cakap dalam hati je lah kan..... sebab Dr kata bergantung pada keadaan.... saya harap..... keadaan saya ok lah hendaknya.....)

Proses discharge nurse yang akan settlekan.... Dr jamin, sebelum tgh hari saya dah boleh balik.... yeayyy....

Keluar je dari bilik Dr. tengok pakcik dah sedia tunggu saya dengan bunga..... terus berbunga2 hati. Actually yang bagi bunga tu ex pegawai di pejabat saya yang dah bertukar ke tempat baru. Saya memang tak sangka beliau concern sangat dengan keadaan saya. Alhamdulillah...terima kasih saya ucapkan atas ingatan dan kasih sayangnya itu. 

Terima kasih atas ingatan dan kasih sayang

Selesai jumpa Dr. Pakcik tolak saya ke ward semula untuk breakfast dan bersiap siap nak discharge. Nurse bukakan jarum kat tangan saya...mencurah curahlah la pulak darah saya keluar...aiyokkk..... kelam kabut nurse balut dengan kapas.... tapi alhamdulillah...tak sakit langsung.....dan sampai ke hari ni langsung tak de kesan pun....

Memang betul la Dr cakap. Proses utk discharge dipermudahkan...lepas breakfast, dalam pukul 11 pagi macam tu saya dah boleh balik... alhamdulillah... rasa leganya dapat tgk dunia luar....(tiberrrr). Dr bekalkan saya gula2 untuk dimakan selama sebulan katanyaaa.... 2 daripadanya ubat saraf dan satu ubat tahan sakit.

Tempat pertama kami singgah haruslah ke rumah mak... kita hantar report dulu kat mak saya yang dari hari saya warded, lepas ot, malam dan pagi tu masih call tanya itu dan ini. Kalau dah nama pun emak kan... haruslah beliau risau.... ni first time saya kena macam ni...Actually....saya ok je... alhamdulillah... yang penting ko kena kuat semangat je.... 

So...mak macam lega lah tengok keadaan saya yang boleh berjalan, boleh sembang macam biasa...cumanya, keadaan saya je lah...dengan pakai neck support tu semacam pelik je kan....ye lahh.... neck support tu bagi saya nampak macam robocop...memang betul la cakap pakcik...dia dok kata aku ni macam robot bila pakai neck support tu....sabo je lah.... apasal la Dr bagi yang macam gitu....ahahaaaa.... ai is redha okeh.... janji leher ai akan lebih cantik dan sihat lepas nih..... ahahaa...

Balik rumah... saya dok belek la kat leher saya...ada tertampalnya handyplus... so..macam terpanggil panggil untuk dibuka....bila tekan ada rasa sakit.... tapi hati rasa kuat nak bukak.... sekali bukak.... aiyooo... ada kesan jarum....dan berdarah ok.... terus terkial2 cari handyplus lain untuk tutup balik lubang jarum tu..... baru tahu...dari situ rupanya Dr masuk jarum terus ke tulang.....

Untuk 2 minggu, saya kena solat duduk... saya tak tahulah org lain...tapii saya nak jaga tengkuk saya...so lebih selamat solat duduk dengan memakai neck support. Actually hari pertama lps buat PLDD tu lg sy dah solat duduk… After 2 weeks... lps jumpa Dr. saya dah boleh solat seperti biasa. Alhamdulillah... kalau sebelum ni saya nak bagi salam sebelah kiri... akan rasa sakit ya amat.... lepas je buat PLDD ni... saya boleh bagi salam tanpa rasa sakit dah....alhamdulillah....(jgn kata aku berbangga dgn ibadah pulekkk… nk bgtahu je.. jgn ko tak solat dgn alasan ko baru lps buat PLDD… kengkonon tak larat la hapa lahh.....hempok kang)

07.07.2021 (Rabu) , 07.08.2021 (Sabtu) & 04.09.2021 (Sabtu) - 8.30 Pagi
Klinik Orthopaedic Dato Dr Vasan
Hospital Pantai Ipoh
1st, 2nd & 3rd Appointment 
(Apa yang saya discuss dengan Dr sepanjang checkup ni)

Selepas 17 hari, saya tak perlu dah pakai neck support tu. Pakai jika perlu sahaja, contohnya, bila tetiba leher rasa sakit, ketika travel, ketika mengadap komputer, ada rasa ketidakselesaan di leher, so masa tu kenalah pakai... just standby jelah neck support tu dengan kita... jangan pulak dibuang benda tu seolah ko rasa..ko dah sihat sepenuhnya.....lambatttt lagi nak sihat.....

Dan selepas 17 hari tu...tahap kesakitan saya, masih pada skala 7/10. Seperti yang Dr jelaskan, siap lukis graph untuk progress penyembuhan (untuk kes saya) akan mengambil masa yang agak lama. So untuk bulan yang pertama, sakit tu akan berada pada skala 7/10 dan kesakitan tu akan slowly menurun mengikut badan masing2. Kes saya, saraf saya mengalami masalah. Penjagaan saraf tu menjadi keutamaan sebenarnya. 

Apa yang perlu saya lakukan?

Untuk jangka masa 3-6 bulan ni, Dr nasihatkan saya untuk tidak mengangkat, menolak dan menarik benda2 yang beratnya melebihi dari 1kg. 

Melakukan exercise leher sekerap yang boleh bagi saraf2 tu bekerja. Ni jugak bagi menjaga leher kita dari terkena slip disc tu untuk kali kedua. (Boleh refer pada gambar dibawah ni). Even exercise ni jugak boleh je utk orang yang tak kena slip disc amalkan....untuk mengelak dari terkena.... bak kata mak saya prevention is better than cure ahahaha....

Google image

Belajar berenang untuk relief otot dan saraf. Bila berenang, saraf dan otot akan jadi ringan. Dr sarankan saya untuk belajar berenang. At least seminggu sekali pun jadilah. Part ni... suruh pakcik beli jelah yg inflatable swimming pool.... ahahaha.... so kita berendam je lah kat dalam tu....ko rasa....

Membetulkan posture duduk saya. (Boleh refer gambar kat bawah)

Google image

Membetulkan posisi tidur saya (Boleh refer gambar dibawah)

Google image

Dan mengamalkan amalan hidup yang sihat..... Dr tak suggest pun untuk saya mengambil apa2 supplement sebagai sampingan untuk proses recovery ni. Untuk orang yang masih muda....(so ai perasan ai masih muda lah kannn....sbb Dr tak suggest....ahahaaaaa)

Actually banyak yang saya tanya dengan Dr ni tentang bengkung / corset untuk support tulang belakang saya to avoid slip disc ni berlaku kat pinggang saya pulak kan... Dr tak suggest untuk semua tu dan tak bagus jugak untuk kita pakai corset tu untuk kehidupan seharian kita. (Ni Dr jelaskan dlm konsep kesihatan lah… yg nk pakai utk kecantikan tu… tu ikut suka lah kannn…terpulang… ada je yg pakai ok je…)

Adakah kebarangkalian slip disc ni akan terjadi kembali pada tempat yang dah buat PLDD tu & dibahagian2 lain?

Jawapan Dr. Yes... sekiranya kita tak jaga dengan betul. Adakala...yang terjadi lagi tu bila berlakunya accident dan terjatuh. So berhati2lah ye.... jomlah jaga kesihatan kita dari terkenanya sakit2 yang macam ni...terseksa pulak rasa nya.... dan sekali lagi Dr bgtahu saya...untuk kes saya..... sepatutnya saya kena menjalani pembedahan....even pldd tu berjaya di C6/C7 tu...itu tidak bermakna.... ianya tidak boleh terkeluar balik..... sekiranya ianya berlaku lagi....tahap kesakitan tu tidak akan sama dengan yang memula kita rasa sakit tu....symptom tu akan lebih teruk lagi dari yang first....(ok part ni...memang kalo boleh tak nak kena dah.....saya mmg betul2 ingat lps je buat pldd ni...saya dah ok 100%...tapi sebenarnya....takkkk.....proses nak jaga tu....aiyooo....macam tak mampu pulak dengan perangai saya macam ni kan......dgn tak blh dok diam nya....... ni mmg saya berkata jujur jugak dgn Dr ahahahaaa....kali ni...mmg Dr kata..nak tak nak...saya kena jugak jaga dan bersabar......)

Kebarangkalian untuk terkena di part lain seperti di pinggang dan dibahagian2 lain badan kita, adalah tinggi jika kita tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. 

So...masa nilah, Dr banyak share pengalaman beliau merawat pesakit2 lain yang ada diantara mereka yang terkena di setiap part badan mereka...hanya kerana pekerjaan yang dia (pesakit tu) lakukan...menyebabkan di setiap part tulang badan dia terkena slip disc ni.... dan saya dapat bayangkan....macam mana rasa sakitnya tu......huhuhu.... So Dr nasihatkan saya untuk tidak melakukan kerja2 yang berat.. lakukan ikut kemampuan....  

Jujurnya, progress penyembuhan saya ni naik dan turun, pada fasa pertama, kesakitan saya berada pada skala 7/10, lepas tu dia turun lagi ke skala 6/10 (masa ni dah happy dah......), lepas tu dia naik balik pada skala 8/10...dan pada tahap nilah, Dr banyak nasihat kan saya untuk bantu saya dalam proses penyembuhan ni. Sepatutnya, pada bulan ke 2, keadaan dah semakin pulih... tapi sebaliknya pula pada saya.... 

Saya pulak sejenis yang tak boleh duduk diam. Kadang ada je la benda yang saya nak buat. Bosan dok kat rumah... saya ikut pakcik pg beli barang keperluan rumah. Bila jalan banyak sikit, mula rasa sakit belakang balik.... Kadang terlupa yang diri tak sihat lagi.... ahahaha... memang sejenis tak boleh nak duduk saja.... so disebabkan tu... (sebulan yang pertama tu) tangan kiri saya terasa sakit balik.... lepas kena tarbiah dengan Dr (bebel tu lebih kepada bgtahu lah... tak boleh buat itu dan ini... even nak mop lantai pun utk keadaan saya ni masih tak boleh lagii....) so sejak itu saya perlahankan pergerakan saya.... insofff sekejap... sebab memang betul2 sakit.... saya rehat dan tgk TV je lah ye..... maknakata... macam permaisuri dalam rumah ni kan...... ahahahaha... sampaikan air pun.... memang pakcik yang bancuhkan...... pinggan semua mmg pakcik yang tolong basuh semua.... so kerja rumah mmg 100% pakcik yang buat.... bukan je manja dengan mak.... ai jugak manja dengan pakcik....... (sajalah nak mengada2 tahap orang menyampah.... ahahahaa). 

Jujurnya.... untuk saya sesuaikan dengan keadaan saya yang tak boleh buat itu dan ini tu mengambil masa jugaklah.... ada jugak lah terlajak mendukung kucing saya yang berat lebih dari 5 kilo....kesahnyaaa..... ahahaha... (yang ni pakcik terlepas cakap dengan Dr. dan memang kecik beso kecik beso je Dr tu tgk aku ni.....). Lepas tu Dr cakap... sikit2 semua rahsia terkeluar.....(ahahahaa) so saya hanya mampu senyum simpul je lah kan.... salah tu memang salah saya..... saja ko mencari sakit namanya.....  

Lepas semua yang jadi pada saya.....makanya, untuk 2nd appointment tu Dr terpaksa tambah dose ubat saraf untuk saya telan ubat tu selama sebulan lagi..... 

Ini antara ubat yang saya makan dan 
satu satunya supplement yang saya makan adalah fish oil GNC (yang ni elok sebab ada Q10) Yang ni untuk tujuan turunkan kolesterol saya yang semacam naik macam tak tahu arah tuju pulak.... Dr tegur kolesterol saya masa result darah saya keluar sblm saya masuk OT. So kita try yang nih.....    
Polar Frost tu untuk relief kesakitan saraf saya yang kadang2 memang masih terasa sakit...bila rasa sengal dan lenguh.... just roll kan je benda tu...dia akan rasa sejuk je.....punca dapat benda ni... sebab dari bahu sampai ke lengan kiri saya dah mula sakit balik....

Bersyukurnya saya sebab dapat Dr yang macam bapak2 ni... walau dia tahu saya semacam susah sikit nak sesuaikan diri dengan sakit ni..... tapi still Dr ni membantu saya dengan banyak nasihat2 dia.... saya tak tahu dia dengan patient yang lain macam mana.... rasanya sama je lah kot....  sebab dari zaman arwah abah... lepastu mak saya.... sekarang saya pulak yang buat rawatan dengan dia.... jangan kata keturunan pulak...sakit slip disc ni bukan sakit keturunan ya.....ahahaa... arwah abah saya terkena jangkitan kuman di peha... mak pula sakit di bahu....tulang bahunya renggang.... dan saya pulak kena cervical spondylosis nih....ianya berbeza tauuu...

Alhamdulillah jugaklah.... untuk 3rd checkup tu ntah macam mana... Dr boleh waive fees dia.... nurse kata Dr belanja saya.... tiber pulak Dr ni kan... tapi rezeki jangan ditolak kan..... Nurse siap bgtahu saya.... Dato kalau jumpa akak, mesti lama....lebih dari setengah jam.... may be Dato suka sembang dengan akak.... ahahaha.... ko tak tahu.... Dr tu agak suka membebel jugak dengan aku ni.... (citenyaaa). Tak semua yang Dr cakap saya akan hangguk je.... ada je benda yang macam.... boleh je Dr.... saya try buat... tak sakit pun.... haaa gitewww... so... Dr akan balas macam ni.... sekarang you memang tak sakit.... nanti.... you datang... bgtahu... saya sakit bla bla bla.... ha macam tu lah cara aku melawan dia..... ahahahaa.... (part ni jangan ikut ok..ahahahaa). Dan sekarang, kesakitan tu dah mula berkurangan sebab ikut nasihat Dr.... macam Dr cakap... kesakitan tu tak akan hilang 100%, at least 30-40% lenguh atau rengsa kat bhgn leher/bahu/tangan tu akan ada kalau kita buat kerja berlebihan..... ko tak boleh derhaka.... sebab dia yang merawat ko kan..... ahahaha.... and next check up saya bulan 10 nanti, beberapa minggu selepas saya start kerja. 

Last but not least

Bilamana  Allah tarik salah satu nikmat ini.... kita akan lebih bersyukur dengan nikmat2 yang lain yang Allah anugerahkan kepada kita. Kadang kala kita akan rasa a bit down sebab bilamana sebelum ni kita boleh je memasak, mengemas rumah dan sebagainya...kini nikmat tu macam diambil kerana keupayaan kita untuk melakukan kerja2 seperti dahulu tu dah terhad even nak angkat benda2 berat pun kita tak mampu. Hopefully selepas 6 bln.. keadaan saraf sy akn pulih seperti sediakala..

Apa pun, saya tetap bersyukur, kerana ada lagi insan yang kurang keupayaan nya daripada kita.... Allah uji kerana Allah sayang...apa yang penting, kita kena redha dan berusaha untuk memulihkan semula keadaan mengikut keupayaan dan kemampuan kita. Kena kuatkan semangatlah...

Alhamdulillah... keadaan kesihatan saya semakin hari semakin bertambah baik...walau berbakul pesanan Dr tinggalkan pada saya.... harap ianya masuklah dalam kepala otak saya ni...tak langgar pantang orang kata.....ahahahaaa...bukan apa...selalu rasa diri tu ok...lepastu ko akan jadi tak sedar diri...semua benda ko akan main redah je.....

Jujurnya.. condition sy mungkin tak sama dengan org lain… setiap org, tahap kesakitan tu berbeza… ada org, hari ni buat, esok dia dah ok… tapi tidak saya.. sbb saraf sy masih belum pulih sepenuhnya..30% - 40% sakit saraf tu masih ada.. doa2kan semoga sy sihat seperti sediakala… dan saya bersyukur jugak kerana disepanjang urusan saya Allah permudahkan.... alhamdulillah... dan Allah nak bg sy rehat lama sikit.. dalam ujianNya sepastinya ada hikmahNya yg sgt manis.. 

Dikesempatan ini...saya nak ucapkan jutaan terima kasih pada sahabat2 saya dan sahabat suami yang banyak mendoakan yang baik2 untuk saya di fb, di instagram, di wasap group dari hari pertama saya admitted sampai sekarang... Jujurnya sehingga ke hari ini masih ada yang bertanya khabar.... betul lah... selain daripada keluarga, saudara mara dan sahabat handai terdekat.....ada ketika...kita memerlukan doa orang2 disekeliling kita...mana tahu ada diantara doa2 yang baik itu...diangkat oleh Allah dan kerana itu Allah memberi kesembuhan kepada saya.... ada juga dikalangan yang saya tak sangka.... mereka call saya dan bertanya khabar.... alhamdulillah.... terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan... semoga segala doa2 yang baik itu berbalik kepada anda dan keluarga...semoga Allah merahmati kita semua.... aminn...Allahumma aminn....

Saya juga nak ucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga dan saudara mara saya yang terlebih dahulu mengambil berat ttg saya dan mendoakan saya.... selain sahabat2 sepejabat yang datang menziarahi saya sekaligus menyambut hari kelahiran saya.... termasuklah makcikkkk (sahabat baik saya) yang mana....ada memori indah yang saya kongsi bersama dengan beliau.... (tgh taip ni aku boleh ketawa bila teringat kisah dihari lahir ku ituuuu....delivery yang paling rare..... ahahahaaa). Kepada ex pegawai saya yang hantar coklat bouquet ke hospital dan bertanya khabar...dan semua yang mengambil berat ttg saya yang saya tak boleh nak nyatakan disini.... Alhamdulillah kerana dikelilingi oleh orang2 yang sangat baik.... semoga saya dan anda semua diberi kesihatan yang cemerlang yang berterusan.... 

Cukup setakat ini perkongsian saya... Jika anda yang membaca perkongsian ini ada megalami symptom yang sama... nasihat saya... teruslah pergi berjumpa Dr. Lebih elok kita tahu awal... jangan jadi macam saya...dah teruk baru nak jumpa Dr. Sekurang kurangnya.... kalau kita ambil tindakan awal ianya boleh dirawat dengan fisio... tidak perlu buat PLDD atau pun operation.... bak kata mak saya....(sama mcm kat atas tadi) prevention is better than cure.

Semoga bermanfaat... 

Lepas ni entah bila akan menulis blog lagi....harap Allah bagi nikmat masa untuk saya berkongsi cerita dan pengalaman lagi....tapi tak nak kongsi ttg sakit dah..... kita share benda2 yang happy.... bila usia dah semakin meningkat, apa yang kita perlukan adalah perkongsian yang menggembirakan serta melihat perkara2 yang positif sebagai terapi minda....Sekarang bukan lagi masa untuk kita berlawan lawan sapa lebih dan siapa hebat.... itu bukan saya.... andai ada diantara perkongsian saya yang anda rasakan ianya untuk saya menunjuk2 atau bermegah2....masyaAllah..itu bukan tujuan saya.... saya sekadar berkongsi happiness...dan terbuka jika ada yang bertanya.... 

Maafkan saya andai ada diantara perkataan2 saya yang menyinggung perasaan anda semua.... saya hanyalah manusia biasa yang penuh dengan kekurangan....sesungguhnya yang baik itu dari Allah yang Maha Baik...dan yang buruk itu adalah dari kekurangan dan kelalaian saya sebagai hamba.

Semoga kita dikelilingi insan2 yang membawa kita mendekatkan diri padaNya.....Salam sayang untuk semua....

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca entry ini =)





TEMPAHAN QUILLING CONGRATULATIONS CARD

$
0
0
Hye uolls
Tempahan kali ni datangnya daripada orang yang paling hampir dengan saya.....
En suami saya tempah kad dekat isteri uiii....hahahaa....
Masa tgh2 dok kalut nak siapkan tempahan....tetiba en suami buat satu permintaan....last minute okkkk.....tetiba nak bagi kad pada kawan pejabat yang baru je melangsungkan perkahwinannya...... kebetulan kitaorang memang tak boleh nak penuhi jemputan atas sebab tetiba isteri terpaksa ke emergency [hari kejadian tak silap sayalah] kerana serangan vertigo [nak nangis kalau ingat balik.....haishhh....]

Disaat isteri terkejar2 nak siapkan tempahan...masa tu lah dia buat permintaan tu.....
Apa lah sangat kalau setakat kad je pun.....katanya nak letak kat hadiah.....tapi isteri buat syarat lah.....kena bayo double.....hahahaa

Jom tengok hasilnya....

 
Disebabkan en suami serahkan 100% corak dan color pada isteri [haruslahkann.....]
so...kita pilih color purple untuk diberi pada pasangan pengantin baru nih.....disebabkan pulak...kat dalam kad tu ada pulak nama saya dan suami kannn......so..special utk deranglah kad nih...

Suke pulak buat bunga macam gitu..... nampak timbul....





Warna purple antara warna kesukaan saya....dia nampak soft dan menarik....memang sesuai untuk diberi kepada pasangan yang baru sahaja membina mahligai idaman......ecececeeee....
Semoga ianya memberi kegembiraan kepada pasangan ini ikhlas daripada suami dan saya.....


Semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah....=)))



Terima kasih kerana membaca entry ini!








QUILLING UNTUK SAHABAT

$
0
0
Hye uolls...

Kali ni saya buat quilling card dan bookmark untuk sahabat saya yang sekarang ni menetap di Jeddah.
Memang dah lama plan nak bagi kat dia..... tapiii asyik sangat ambik tempahan semua tu....terus lah pelan2 saya lupa...hehehe.... 
One day....sahabat saya nih DM saya di Instagram. Katanya nak tempah bookmark untuk dia dan suami.....so...di kesempatan ini.....saya terus berhajat buatkan kad dan bookmark khas untuk sahabat saya nih dan suami dia.

Lama tak bersembang dengan dia...rindu.....dulu masa sekolah dulu memang rapat dengan dia.....pernah jugak beberapa kali terserempak.....tapiii terpaksa akur dengan kesibukkan memasing....sampailah sahabat saya ni ambik keputusan untuk ke Jeddah dan bertugas disana.
Masa saya menunaikan umrah 5 tahun lepas [ehhh dah lama eaa.....hehehe], sahabat saya ni terus je pm saya di fb dan plan asalnya memang nak jumpa di Tanah Haram. 
Kami bertukar2 no phone masa tu untuk memudahkan kami berhubung diantara satu sama lain...
Kita merancang dan Allah juga merancang..... tak ada rezeki nak jumpa sebab sahabat saya ni sibuk. Kebetulan masa tu dia on duty.

Tak pe lah....mungkin belum ada rezeki lagi nak berjumpa kan.....so...kita keep in touch jelah dengan ber messege ke dm ke apa2nyalah.....yang penting saya nak dia happy dan sihat selalu....

Jom tengok kad yang saya hasilkan untuk sahabat saya nih.
Katanya suka sangat dengan color purple....so saya buatkan kad bertemakan purple untuk dia......


 Sahabat saya ni, bahasakan dia dan suaminya cik bunga dan encik kebun.....adalah cerita yang diceritakan oleh sahabat saya ni kepada saya tentang perkenalan beliau dengan encik kebun kesayangan dia nih.......soooo sweet ok..... dan kalau nak tahu....diaorang duduk berjauhan ok....suaminya di sini dan beliau di Jeddah.....orang kata percintaan jarak jauh...tapiii stilll romantic sangat.....

 Saya hasilkan bunga yang bewarna purple memandangkan favorite color saya pun purple kan....hahaha....memang kena lah dengan tema dan mood saya kannn....


 saya buat khas untuk sahabat saya nih.....=)))






Saya tak direct pos pada sahabat saya nih....alamat yang diberi kepada saya adalah alamat suaminya disini.....Katanya nak bg bookmark tu pada suaminya dan dia tak tahu pun yang saya nak bg kad ni pada dia....

Alhamdulillah....kad dan bookmark ni dah selamat sampai kepada suaminya.....
Tengok pada bookmark yang sampai....dua2nya ok...hehehe...

Semoga nanti kalau sahabat saya ni balik ke Malaysia....dia happy terima kad daripada saya nih....

Semoga Allah pelihara persahabatan ni sampai ke syurgaNya....Allahumma Aminnn....



Terima kasih kerana membaca entry ini!








TEMPAHAN QUILLING UNTUK CENDERAHATI APC

$
0
0
Hye uolls...

Awal bulan Mac, last minit saya terima tempahan daripada opis saya iaitu dari Bahagian Khidmat Pengurusan untuk meletakkan quilling flower saya di atas cenderahati penerima2 APC 2017 dan Pesara 2018.

Sebenarnya taklah banyak sangat, cuma 30 kuntum bunga quilling.
Yang bagi rasa agak tergesa gesa tu apabila tempahan dibuat 5 hari sebelum majlis. Masa tu hati berat jugak nak ambik tempahan.....sebab, kalau boleh saya nak lah buat yang cecantik kannn...... tapiii demi untuk memenuhi hajat mereka.....saya cuba jugaklah buat yang termampu.

Nasib baik lah ada adik2 practical yang boleh membantu saya untuk siapkan quilling flower tu pada waktu yang ditetapkan.

Jom tengok hasilnya.

Memula saya buat 2 contoh bunga quilling [tu je yang sempat huhuhuu] lepas tu saya tanya pendapat mereka di BKP dan semua nya sepakat memilih bunga ni memandangkan kotak yang comel nih sesuai dengan color yang saya cadangkan nih. 

Katanya tak nak taruh ribbon....sebab dan biasa sangat orang taruh ribbon kat atas tu kan....so kali ni nak kan kelainan katanya.....=))))

 Lebih kurang 3 hari jugak lah nak siapkan bunga-bungaan tu.... sebab ada 3 layer kelopak....so kerjanya agak rumit sikit..... sebab kena buat satu per satu kelopak yang ada quilling kat dalamnya. Disebabkan saya terkejar2 masa untuk siapkan quilling dalam masa yang agak singkat..... memang sy perlukan pembantu2 yang kretif...hehehe.....nasib ada adik2 practical..... 

 Sementara nak tunggu fabric gum kering sebelum nak taruh daun.


 Siap je saya terus taruh semula dalam kotak dan memang tak sempat pun nak ambil gambar bunga2 quilling saya ketika derang susun nak bagi kepada penerima....sebab saya jugak ditugaskan untuk menjadi MC di majlis APC 2017 dan Apresiasi Pesara Tahun 2018.

 Kita pinjam CC punya untuk ambik gambar...=)))


Masing2 kata agak rare jugaklah.....mungkin tak ramai yang tahu lagi pasal bunga quilling ni...tapiii yang penting derang happy =)))

Tahniah kepada penerima2 APC dan selamat bersara kepada kakitangan yang akan bersara pada tahun nih....

Tq pada unit BKP yang sudi menempah quilling flower ni dengan saya....really appreciate it!!


Terima kasih kerana membaca entry ini!
















SHORT TRIP TO PENANG

$
0
0
Hye uolls...

Hari ni nak share ceritera short trip saya dan suami ke Penang.

Last minute plan sebenarnya.

Memula nak pegi Cameron je kot....tapiii suami terlajak pulak masuk highway ke utara.....[boleh pulak dia terlajak....haishh...]
maka kita ikut je lah kemana pun....

Terus suami kata...alang2 dah ke arah utara ni....jom je lah kita pekena ikan bawal goreng bawah pokok kelapa sawit kat Juru tu....

Jom tengok gambar2 saya yang suami ambik...

Hari ni dia jadi cameraman saya.....

Vista Point ni kat highway menghala ke utara....sebelum sampai ke terowong manora.
Berkali kali lalu...tak pernah rasa nak singgah....
Tapii hari tu pulak...disebabkan kami ni santai santai je kan....so..moh le kita try singgah....
kebetulan pulak tu memang tak ada orang...
Nak jugak tahu....apa kah keistimewaan di Vista Point ini....

Oh... kita boleh tengok view yang sangat cantik.
saujana mata memandang kata orang..... kita boleh nampak bandar meru.
Kalau kena dengan cuaca....memang view nya akan nampak lebih cantik dan mendamaikan. Masa ni hari dah agak panas....so...tak berapa cantik kalo diambil dgn camera hp chap hayam saya.....

lepas ni ntah menyinggah lagi ke tidak kan...tapii rasanya...possibility nak singgah tu menipis lah kot.....ni pun secara tak sengaja je pun.......jom je lah kita bergambar kenangan menampakkan highway nih.....

Seriously... kalau nak berehat/berkelah....memang sesuai sangat tempat nih....tenang dan damai.....

Elok je kitaorang sampai bebetul time lunch.
Nasiblah gerai ni buka kannn.... 
Pernah kitaorang pergi, dia tutup....sabar je lah.....=)))

Kali ni...sebabkan hari kerja...walau ramai orang pun, masih ada tempat duduk....

Ikan bawal goreng je pun...
Tapi....rasa dia...walalaaaa....kena dengan kuah kari dan sambal kicap.....mmg terbaik sangatlah utk lidah saya dan suami laaa......
tak caya kena cuba baru tahu...=)))

Lepas lunch, terus masuk Penang naik feri.
Dah lama tak kena angin laut....
Cuaca tak panas...memang tenang je kitaorang jalan....
Kitaorang pg hari biasa.

Kalau ke Penang memang benda yang wajib di beli adalah jeruk.

So kita ke Bazar Chowrasta. 

Rupamya Bazar tu dah berubah wajah...nampak beno dah lama tak ke sana.....dulu macam pasar je saya tengok...sekarang dia dah buat elok2...dan tersusun.... kami jalan kat luar2 tu...ada kedai jeruk melayu....menyinggah dan beli jeruk kesukaan saya....jeruk mempelam dan jeruk betik pedas.

Singgah jugalah ke Kedai Jeruk Madu Pak Ali.... 
beli jugak jeruk mempelam dan jeruk buah pala....

Dah habis membeli....kat tepi2 jalan tu...ada je jualan2 baju beg dan cenderahati.
Sepanjang jalan tu memacam ada jual..... 

Parking pun senang je dapat....kalau tak....memang susah nak cari parking.....=)))

Tetiba en suami ajak bermalam je kat sana satu malam.....
Katanya baju semua senang je boleh beli sesiap....ko rasa....
Memang tak lahhh.... masa tu terfikir jugak....nasib tak ke cameron.....
orang tua ni bukan boleh percaya pun...ingat sesenang je nak ambik cuti sesuka hati macam tu....
haishhh.....suka hati dia je tauuuu.......

Lepas tu kitaorang pergi pulak ke Armenian Street. Lebih dikenali jugak sebagai Penang Street Art.
So..berjalan kaki jugak lah ke lorong2 tu...
Tapiii idak jalan jejauh la tapiii....
sekerat jalan je lah....
Minat jugak dengan wall painting yang derang lukis...
Kat Ipoh pun ada.....lebih kurang serupaaaa je suasana dia ok....


Masa pergi nih....ramai jugaklah pelancong2 yang jalan kat lorong nih.....
lorong ni bukan utk pejalan kaki ok.....ni masa tak ada kete lalu.....so...boleh la ambik gambar gini....
Banyak je kete lalu lalang kat sini sebenarnya.....


Orang kata, kalau ke Penang, tak sah kalau tak ke sini....dan gambar ni selalu je jadi trade mark kat sini kan....makanya....saya pun bergambar lah kat salah satu gambar nih.....
nak bergambar ni pun...jenuh tunggu kete lalu dulu ko.....ahahahaa....

Berjalanlah di lorong2 nih....
sepanjang jalan ni...
memacam ada jualan...
kalau kat ipoh...
kat Plan B tu....yang juga dah jadi salah satu tarikan pelancong.

Masa ni plan dengan suami nak ke Design Village..
So..kitaorang gerak dari Penang dalam pukul 3.30pm macam tu....
Memula nak pekena nasi kandar Deen Maju...
Tapii perut kitaorang ni kecik je kot....masih kekenyangan.....so...moh le kita ke Design Village...

Nak ke sana kena lalu Jambatan ke 2 nih...[ikut google map lah kan...]
Ni first time kami lalu jambatan nih.... [nampak tak....punya lamanya tak ke Penang...]
Jambatan ke 2 nihhh...panjangnya ya ampun.....
cuaca pulak tu hujan....
Maka....terus cancel nak pg ke Design Village
Moh le kita balik ke Ipoh.....
hahahaaa....
Suami kata lenkali repeat lagi....
nanti boleh bermalam di Penang.....katanya nak ke Fraser Hill pulak dan ada lah beberapa tempat dia nak pg...suruh isteri google mana tempat2 best semua tuuuu....suruh listing....hahaha....
dah kata tak plan kan....memang main redah je la kot....

Singgah di Perhentian Bukit Merah utk solat...lepas tu berhenti pulak lagi kat perhentian R&R Gunung Semanggol sebab nak makan burger ramly.

Kami sampai Ipoh dalam pukul 5.45 petang macam tu.

Tu je lah ceritera short trip ke Penang.

Ada rezeki boleh repeat lagi lah.....macam best je buat plan2 mengejut ngejut macam nih......=))))








Terima kasih kerana membaca entry ini!














PUDING KARAMEL TANPA TELUR

$
0
0
Hye uolls...

Hari ni nak share resepi puding karamel tanpa telur.

Ramai je yang share resepi nih...

Selalu je lalu lalang kat skrin hp saya......masa tak teringin memang saya pandang sekali lalu je lah kan.....ahahaha....

Sekali tetiba datang pulak saka rajin dan tetiba teringin pulak nak makan karamel...

Maka gigih mencari resepi.

Tak la susah mana...semudah abc je.....tapiii jujurnya...hasilnya memang tak mengecewakan =)))
So share resepi kat sini untuk memudahkan jugak rujukan saya lepas lepas nih..

Inilah hasil puding karamel saya....
Karamel tu macam cair sikit sebab saya tambah air banyak sikit....
so...ada lah kuah kuah karamel tu...... dan kurang sikitlah kemanisannya....just nice je rasa manis dia.....sebab saya kurang makan manis2 nih...

Jom saya share resepinya disini.

Bahan-bahan gula karamel

1/4 cawan gula
3 sudu besar air
[kalau nak letakkan ke dalam acuan yang kecil2, better tambahkan lagi gula dan air]
Pepandai sendiri la nak agak macam mana kan....

Mula-mula, panaskan gula dan air dalam periuk dengan api yang perlahan.
Tunggu sehingga gula keperangan dan kacau hingga rata.
Bila dah siap, tuangkan ke dalam loyang / acuan dan ketepikan.

[kes saya....part nih....saya taruh dalam acuan kecik2...sekali rasa macam karamel tu kurang sangat....so... saya masak lagi karamel nih dan bila dah sejuk sikit tuang la pulak ke dalam bekas2 yang dah berisi puding tu tadi....kiranya...atas bawah ada karamel koo...... yeahhh....memang sedap jugak rasa dia.....lagi best sebab byk kuah karamel yang kurang manis gituuu....]


Bahan-bahan puding

1 paket agar-agar (10mg)
4 cawan air
1 tin susu cair [saya guna susu ideal]
1/2 cawan susu pekat
3/4 cawan gula [kalau nak manis boleh tambah kepada 1 cawan]
3 sudu tepung kastard
1 sudu kecil esin vanilla


Cara-caranya

Dalam periuk yang lain, satukan kesemua bahan dan masaklah diatas api perlahan.
kacau dan kacau  sampai semua bahan tadi larut dan tidak berketul.
Bila adunan dan agak pekat, boleh tutupkan api.
Seterusnya, tapiskan adunan puding dan masukkan ke dalam loyang / acuan yang berisi karamel tadi.
Masukkan ke dalam peti sejuk selama 2-3 jam atau hingga adunan puding mengeras.

rupa puding karamel saya yang gula hangusnya tak berapa nak hangus...tapiii....memang sedap dan kena lah dengan selera lidah dan tekak yang kurang suka manis2 nih...

Puding dia memang lembut dan yang penting tak hanyir ok......
Sesuai la utk majlis2 di sekolah anak2 atau jamuan2 di pejabat.

Terus plan...lepas ni kalau ada jamuan di pejabat....kita buat karamel ni je lah.....senang lagi menyenangkan.....ahahahaaa........

Selamat mencuba....seriously....sekali cuba mesti dah berjaya.....tak kan tak jadi....mudah je kot....=))))










Terima kasih kerana membaca entry ini!





RESEPI KEK OREN SEDAP

$
0
0
Hye uolls....
Hari ni kakak nak share Resepi Kek Oren Sedap 
[kemain ada sedap tuuu...hahahaa....ehhhsukahatilahhhhh]

Setakat ni...memang ramai yang memuji kek ni sedap....
Dari mak sampailah ke adik beradik yang lain semua pun kata sedap.

Beberapa minggu lepas....mak request nak kek oren. 
So, bersemangat jugaklah saya buat.....demi mak tersayang kan.....

Alhamdulillah dah banyak kali jugaklah saya buat....
Hasilnya memang tidak pernah mengecewakan...
Ala...simple je pun bahan2nya....
dan sangat mudah bagi yang dah biasa sangat buat kek. 
Semacam petik jari je buatnya....=)))


Resepi ni saya ambil dari blog


So jom tengok resepi dia.
Actually resepi dalam blog ni utk 1 bancuhan sahaja...
Selalu saya akan buat 2 bancuhan sekali.

Resepi yang saya share ni utk 2 bancuhan.....
Nak jadikan 1 bancuhan....just bahagikan 2 je lah ea....


Bahan-bahan

300gm mentega
240 gm gula castor (nak kurangkan pun boleh)
320gm tepung naik sendiri - diayak
(kalau nak guna tepung gandum pun boleh,
tambahkan dengan 2 sudu kecil baking powder - ayak)
6 biji telur gred A
4 sudu besar jus sunquick
sedikit parutan kulit limau 
(saya guna 2 biji parutan kulit limau)

ada terselit esin vanila disitu.....terpulag la kalau nak guna pun boleh
tak guna pun boleh je....

Saya guna butter nih je.
Kebetulan pg Aeon ada harga promosi....
jadi kita guna yg ni je lah....
tak sempat nak pergi ke kedai barangan kek.
Ok rasa dia....sedap....

penimbang ni turun temurun dari zaman mak saya.
Dulu mak rajin mem baking dan buat biskut semua tu....
sekarang mak dah pencen buat semua tu....so...kita guna je lah apa yang ada....
benda masih elok lagi..... =)))

Pecahkan dulu telur dalam bekas lain....
Takutlah kot kot ada telur yang busuk ke kan....naya je....

parutan kulit limau....beli je pemarut kat kedai eco....



Cara-cara membuatnya:

Panaskan oven pada suhu 170 atau ikut oven memasing lah.

Putar mentega dan gula sehingga kembang. 
Masukkan telur satu per satu. 
Masukkan tepung berselang seli dengan jus sunquick. 
Part ni saya kacau guna spatula je.
Last sekali, masukkan parutan kulit limau. Kacau hingga sebati.
Masukkan adunan dalam acuan dan masukkan dalam oven. 
Bakar selama 40 minit hingga sejam (jangan sampai rentung sudahlah).
Kalau tak confident, guna je lah lidi. Kalau dah masak mesti tak de yang melekat kat lidi tu. 

Utk 2 bancuhan (seperti resepi yang saya bagi tu)
akan dapat banyak nih. 

Kalau buat 1 bancuhan (separuh dari resepi)
hanya akan dapat satu bekas besar tu atau 2 bekas kecil.

Saya suka masak kek guna bekas aluminium nih.
Kalau nak bagi jiran tetangga pun macam senang je...
bagi je sebekas macam tu kannn....



Siap kek oren kegemaran mak.
kali ni memang mak request nak kan kek oren nih....
So kita buat je lah...bukan susah pun.....=)))




InshaaAllah....
dah banyak kali saya cuba....
resepi ni memang tak pernah mengecewakan....


Selamat mencuba!



Terima kasih kerana membaca entry ini!











PERGINYA INSAN KESAYANGANKU....ABAH

$
0
0
Assalammualaikum dan salam kasih sayang.
Semoga ada kekuatan untuk meneruskan penulisan kali ini.

Jujurnya...hati masih terlalu rapuh untuk memperkatakan tentang abah....
setiap kali menyebut nama abah....hati akan meruntun sedih.....
dia insan yang paling istimewa dihati saya.....

Sungguh kehilangan itu sesuatu yang sangat memeritkan.....
namun perjuangan hidup harus diteruskan bila 
Allah mendidik hati agar terus sabar dan redha.

Banyak kenangan manis dengan abah......
saya antara anak yang tak pernah berlekang dengan abah saya.....
Dari abah sihat sampailah abah terlantar sakit.....
kemana-mana.....saya mesti nak bawa mak dan abah....
Dan kerana itulah......setiap kali sebut je pasal abah.....
air mata akan mengalir dengan sendirinya....hati terus meruntun sedih.....
sungguh....selain emak...abah juga insan terpenting dalam hidup saya......

Tapiii saya kena kuat juga....demi mak saya.......kalau dulu saya ada mak dan abah bersama saya....kini.....saya hanya ada mak sebagai permata hati saya.....


13 Oktober 2018 (Hari Sabtu) - 4 Safar 1440H
Tepat jam 4.30 pagi, 
perginya insan yang paling saya sayangi iaitu abah saya. 
Perginya untuk selama-lamanya...
 menemui Pencipta Yang Maha Esa.

Abah saya dah terlantar sakit sejak 4 bulan lepas, bermula dari awal ramadhan hingga lah hari terakhirnya.

Bermula dengan pembedahan di peha akibat dari jangkitan yg entah dari mana.....sehingga pembuluh darahnya pecah malam raya ke 3 dan terpaksa melakukan pembedahan untuk kali ke 2 dan abah juga terkena stroke sehingga menyebabkan pergerakkannya memerlukan bantuan.

Alhamdulillah....hajat hati saya nak abah duduk di rumah saya akhirnya tercapai bilamana selepas abah discharge dari Hospital Pantai masa bulan puasa tu....abah duduk di rumah saya sampailah malam raya.....kami sempat berbuka puasa bersama-sama di rumah saya......Masa tu abah masih mampu berjalan sendiri menggunakan tongkatnya.

Selepas pembedahan kali kedua, abah memang terlantar sakit di rumah dan dijaga sepenuhnya oleh emak saya... Dan bermula dari itulah, abah memerlukan bantuan untuk menguruskan dirinya dan selera makannya mula berkurangan.

Memandangkan keadaan kesihatan abah yang semakin hari semakin merosot, 
dalam tempoh itu jugalah, saya tak berani nak tinggalkan mak dan abah.
Keadaan abah tak stable...kadang2 demam....kadang2 ok....

Lebih menyedihkan.....bermula dari itu kami tak dapat dah nak bawak abah jejalan...
last saya dan suami bawa abah bercuti ke Cameron Highland.....Lepas tu gathering keluarga kat KL......itulah yang terakhir kami mengabadikan potret keluarga bersama abah.....='(

Kalau tak... memang setiap hari minggu je...abah pasti akan ajak keluar makan......
sejak sakit.....memang tak ada keluar dahhh.....masa tu abah sendiri yang tak nak.....abah kata...abah dah tak larat....... 

Sejak abah sakit, rutin harian saya dan suami juga turut berubah.
Seawal pagi sebelum ke tempat kerja, kami membantu emak menguruskan abah sehingga abah rasa selesa. 

Petang, balik je dari kerja, selalunya kami akan mandikan abah.
Selalunya akan buat bertiga sebab emak memang tak mampu nak uruskan abah seorang diri....dan saya sendiri tak bagi mak buat kerja berat berat.....

Selesai mandikan abah [selalunya lepas maghrib], saya akan sapukan minyak/cream pelembap di seluruh sendi dan badan abah...lepas tu bagitahu abah....saya dan suami nak balik rumah kejap....abah pasti akan cakap....tidur la sini.......memang hehari pun kami tidur rumah mak dan abah......selalu tengah malam, sebelum saya masuk tidur, abah akan panggil kami utk betulkan posisi badan abah....kadang2 abah minta duduk, atau kadang2 abah nak minum.....setiap hari saya akan dengar abah panggil nama saya.....tapi...kini..panggilan tu dah tak ada...suara tu dah tak kedengaran lagi... :'(

Semakin hari badan abah semakin kurus...selera makannya juga hilang. Kadang2 nak makan tu kena pujuk....baru abah nak makan....dan sejak 2 bulan sebelum ni....makan pun kena suap kerana abah tak ada kederat nak pegang sudu pun....tapiii nampak semangatnya kuat......abah sy suka nak buat sendiri....nak pegang gelas sendiri....nak suap makanan sendiri.....yang selalu melayan selera makan abah saya...kakak2 saya....

Bermula dari abah terlantar sakit, adik beradik selalu balik menjaga abah....
Memang tak pernah tinggalkan abah sendirian....
alhamdulillah.....Allah hadirkan perasaan kasih dan sayang kami pada abah walau apa keadaan abah sekalipun.....
malah perasaan sayang itu bertambah2.... sepertimana abah menyayangi kami semua...... 
 abah akan happy bila semua berkumpul....especially kalau cucu2 dia balik......

Jujurnya....tak pernah sekali pun ada rasa susah ketika menjaga abah......
sebaliknya.....Allah permudahkan segalanya untuk kami menjaga abah sepanjang abah sakit......

Bila abah dah tak ada ni....rasa sangat kosong...... balik kerja....selalu akan ada benda yang saya buat utk abah......tapi...setelah abah tak ada......rasa kekok sbb tak buat apa2..... rindu nak mandikan abah....nak siapkan tempat tidur abah...nak pakaikan abah lotion.....rindu suara abah panggil2 saya untuk bangunkan abah.........sungguh....terlalu rindu........

Yang selalu kena marah dengan abah....saya dan mak....
bukan marah yang betul2 marah....
marah orang sakit.....yang kita kadang tak faham ketidakselesaan mereka.....
yang kadang kala ada rasa tak tentu hala dengan keadaan begitu....
marah abah yang paling saya rindu sekarang ni........:'(

Saya sejenis yang suka mengusik abah....tambah2 sejak abah terlantar sakit.......
contoh nak potong kuku.....saya tersalah sikit je potong kuku abah ....lps tu abah pukul2 tangan saya cakap sakit....lepas tu saya gelak2 dan peluk abah.....cakap sorry laa abah...tak sengaja........terus abah diam.....

Kadang2 tu....sesaja je suka usik abah...tanya abah banyak2 soalan...sampai satu tahap...abah akan  cakap ayat ni...."jangan banyak cerita lahh....." terus abah diam tak nak jawab apa2 dah....perkara2 tu menjadi memori yang tak akan dapat saya lupakan.....
Ya Allah....rindunyaaa.....='(

Selalu akan gurau dengan abah masa sapukan minyak / cream pelembap
kat seluruh sendi dan seluruh badan abah.....saya selalu cakap dengan abah....abah ni dah kurus sangat lah..... tulang abah dah boleh buat guitar...... abah nak orang mainkan lagu apa......terus abah senyum......Bila cakap kat abah.....abah nak ke hospital tak.....Dr akan bg vitamin semua....abah terus akan cakap tak nak.....biar abah mati kat rumah.......:'(

Bila sapu kat belakang badan abah pulak....selalu abah akan suruh saya garu........masa saya garu tu abah macam rasa lega sangat...abah akan cakap kat saya.....garu kuat sikit....lepas tu saya akan cakap...kalau macam ni..kena ambil berus dawai la.....hahaha....abah gelak....sambil cakap....habislah kulit abah.....lepas tu kami sama-sama gelak...yang lebih gelak tu saya lah kan........Allah.....perkara tu berlaku sehingga hari abah nak pergi tu....cumanya....sejak akhir2 tu....bila bergurau...abah macam tak ada la nak gelak ke...cuma senyum je.........

Hari jumaat tu [beberapa jam sebelum abah pergi]...
saya suruh abah genggam tangan saya.... 
dan abah genggam tangan saya tapi genggamannya tak kuat.
Itulah genggaman terakhir abah pada saya....Allah....

Bila setiap kali saya usap tangan abah....saya selalu ungkap ayat ni

"ini tangan abah saya...yang mencari rezeki untuk saya dan keluarga....
yang membesarkan kami....semoga Allah berkati setiap titisan keringatnya 
dalam perjuangannya dan pengorbanannya mencari rezeki untuk kami sekeluarga...
tapi...tangan ini dah terlalu uzur utk mengenggam tangan saya pun......"

saya akan usapkan tangan abah kat pipi saya....setiap kali.....
Ya Allah....perkara itu tak dapat saya lupakan sampai kini.....
sebab dah jadi rutin harian saya...:'(



12 Oktober 2018 (Jumaat)
Saya sampai rumah agak lewat.....
Mak bgtahu kata abah seharian tak makan dan kurang minum.
Mak suruh saya pujuk abah makan..... sikit pun jadilah...

Alhamdulillah...selepas dipujuk, abah makan 2 sudu kanji. Lepas tu abah minum air masak guna straw.....banyak jugaklah abah minum...lepas tu abah tak nak dah....itulah last saya suapkan abah kanji dan air.....:'(

Macam biasa, saya akan balik ke rumah saya sekejap....
tak ada syak apa2 lagi...sebab kesihatan abah selalu on off....

Tetiba mak call kata abah nampak lain malam nih....
Tanpa berfikir panjang, terus je lah saya dan suami balik rumah mak.....
5 minit je pun nak sampai ke rumah mak.....
Kakak saya pun ada masa tu.....

Abah macam penat.... 
Berbeza dari hari2 sebelum....memang nampak sangat perbezaannya....

Terus saya pun rasa macam tak sedap hati...sebab jarang abah tak nak tidur...selalu lepas mandikan abah...dan uruskan abah semua.....abah mesti akan tidur....tapi malam tu abah tak nak baring pun......

Abah panggil saya dgn mak duduk sebelah dia......
tak bagi pergi kemana mana.....Allah...
masa tu memang tak terfikir pun abah akan pergi.....:'(

Saya ambik wudu' dan ambil al-quran untuk bacakan yassin. 
Saya duduk sebelah abah sambil pegang tangan abah......:'(

Masa bacakan Yassin untuk abah...tiba-tiba rasa sayu yang amat sangat....namun saya gagahkan jugak untuk terus membaca walau masa tu air mata dah mula nak mengalir.....ntah kenapa masa tu tetiba hati saya jadi sebak......

Ya Allah....abah ikut setiap sebutan ayat2 yang saya baca walau suaranya dah ke dalam masa tu.... Allah.....

Saya dengan mak bergilir2 bacakan yassin untuk abah tanpa henti sepanjang malam tu.... habis baca yassin kami akan ajar abah mengucap.....abah ikut......tapi suaranya dah tak keluar......

Sampailah ke pukul 4.30 pagi tu...saya dengan mak tak tinggalkan abah...masa tu kakak saya dah balik..... hanya saya dengan mak berdua......mak setia berada disisi abah sambil menggenggam tangan abah......mengajar abah mengucap.....alhamdulillah.....abah akan sebut setiap kali mak ajar abah mengucap.......

Elok selesai saya membaca yasin......
saya mengusap kepala abah...... nafas abah semakin pendek......
dalam beberapa saat...abah tarik nafas terakhirnya.......
Allahuakbar......

Hati saya tiba-tiba jadi kosong......
saya rasa sunyi......saat itu juga saya rindu panggilan abah......
Masa tu suami pujuk mak sebab mak kelam kabut tak tentu hala....
saya tahu mak lah orang yang paling sedih....
saya nampak mak cium abah....saya nampak mak menangis usap muka dan badan abah......
saya nampak mak pegang dan kucup tangan abah......
mak panggil nama saya dan cakap....

"abah kamu dah tak ada.........Allah....mudahnya abah kamu pergi......." 
sambil mak menangis........

Abah pergi meninggalkan kami semua dengan mudah.....
dengan tenang.....setenang wajahnya.....abah pergi disamping mak dan saya.....

Ya Allah.....tak tahu nak ungkap perasaan saya.....

Tetiba saya rasa.....kehilangan.....sunyi........sepiii..... sebak.......hanya Allah je yang tahu....semuanya bercampur campur......saya menangis dengan mak.....mak kata...telefon semua adik beradik dan sedara mara bgtahu.......tak terdaya rasanya nak bgtahu semua adik beradik especially pada kakak yang sulung yang kebetulan dalam perjalanan balik ke Ipoh dr KL setelah saya bgtahu kat dia yang abah nampak lain malam nih....dan dia terus balik...tapiii tak sempat pun jumpa abah.......namun terpaksa saya gagahkan jugak call semua adik beradik bgtahu yang abah dah tak ada.....Allah.......tuhan je yang tahu bagaimana beratnya mulut saya nak ungkap perkataan
"abah dah tak ada"......:'(

Untuk terakhir kali.....
dengan lembut saya usap tangan abah dan seluruh sendi2 abah dengan minyak......
wajah tenangnya saya kucup.

"orang sayang abah............"

Semoga disetiap titisan keringat abah, 
disetiap usaha abah dan pengorbanan abah kepada kami semua.....
kasih sayang abah pada kami.......semoga semunya menjadi pahala berganda buat abah....
Ya Allah......permudahkan perjalanan abahku di sana....



Alhamdulillah....Allah permudahkan segala urusan pengebumian abah. 
Anak lelaki abah sorang dengan menantu2 abah & cucu2 abah mandikan abah...sambut abah dalam liang lahat....dan uruskan pengebumian abah....

Kami adik beradik dan ipar yang banyak uruskan jenazah abah.....mandikan abah.....kapankan abah.....semuanya abang dan abang2 ipar yang memang rapat dengan abah lakukan.....
urusan pengurusan jenazah abah dipermudahkan......wajah abah betul2 tenang......alhamdulillah......
Abah nampak hensem sangat....wanginya abah.......='(

Kami adik beradik sama2 solatkan jenazah abah di masjid......
mesti abah gembirakan......

Elok selesai kebumi....hujan rahmat turun membasahi bumi.
Tenanglah abah disana....moga kita sekeluarga sama2 dapat berkumpul di dalam syurgaNya......Allahumma aminnn

Di kesempatan ini, saya mewakili  bonda tersayang dan kesemua ahli keluarga, mengucapkan jutaan terima kasih di atas setiap ucapan dan doa daripada kesemua sedara mara, jiran tertangga, kenalan rapat dan rakan taulan dari jauh dan dekat.

Yang sama-sama menguruskan jenazah abah....
bersama berada dari awal hingga ke pengkebumian abah.....
terima kasih yang tidak terhingga....

Juga kepada sedara mara dan sahabat handai
yang masih datang menziarahi bonda saya....terima kasih....

Hanya Allah Taala sahaja yang dapat membalas segalanya....

Doakan agar roh abah saya di tempatkan di taman2 syurgaNya.....
dan dipermudahkan urusannya disana.....
Aminnn....Allahumma Amin....

Beberapa hari ni....memang terlalu rindukan abah.... 
rindu yang teramat sangat.... 
di semua sudut rumah akan terbayang abah........
Rindu yang tiada penghujungnya.....

Semoga syurga tempatmu abah.....
Semoga Allah perkenankan setiap permintaan dan doa kami adik beradik.....

Tolong doakan juga Allah beri kekuatan kepada bonda saya yang tidak pernah berpisah atau berlekang dengan abah sampai ke hujung nyawa abah.....wanita ini sangat istimewa buat abah dan kami semua......di hari akhir sebelum abah menghembuskan nafasnya yang terakhir....
wanita ini dipuji oleh abah......sehingga ke hujung nyawa abah.....mereka berpegangan tangan.......
Allah...memang sebak.....dan saya pasti....
emak saya lebih terkesan dengan pemergian abah....

Jujurnya.....saya mengambil masa beberapa hari untuk menyiapkan penulisan kali ni....
jalan cerita yang direncanakan oleh Yang Maha Esa....
semuanya teratur dan tersusun rapi....sungguh....kita hanya mampu merancang...
namun DIA jua penentu segalanya.....

Saya bersyukur kerana...di setiap cabaran dan dugaan itu....
Allah hadirkan dengan hikmah dan kemudahan yang tidak disangka sangka.....

Nikmat yang tidak pernah saya ceritakan pada orang 
kecuali pada yang terhampir sehinggalah ke penulisan ini.......
menjaga abah sehingga ke hujung nyawanya 
adalah satu nikmat dan pengajaran yang amat bernilai dalam hidup saya....
nikmat yang tidak semua orang akan dapat menikmatinya.....
Nikmat yang mengajar erti tanggungjawab.....
kesabaran.... pengorbanan.....keikhlasan...dan keakraban....
Alhamdulillah....terima kasih Allah untuk segala nikmat ini....

Semoga Allah hadirkan dalam hati kita rasa kasih sayang terhadap kedua ibu dan bapa kita......
Dan semoga yang baik2 juga mengiringi perjalanan kita disana.....

Aminnn....Allahumma amin....



كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan serta kebaikan sebagai cobaan. Dan hanya kepada Kamilah kamu akan dikembalikan.
(Q.S Al-Anbiya: 35)







Terima kasih kerana membaca entry ini!



HARI KELUARGA DI LUMUT PERAK

$
0
0
Assalammualaikum dan salam kasih sayang.

Ceritera Bulan September 2018 yang tak sempat saya nak share dalam blog saya ni.

Alhamdulillah, hujung bulan September 2018, unit kitaorang buat hari keluarga di Lumut, Perak yang mana, kami bermalam di Hotel Orient Star Lumut selama 2 hari 1 malam.

Bestnya, bila dikatakan Unit ni...hanya kitaorang je lah kan....so..memacam idea diberi bagi melancarkan hari keluarga ni. 

Actually, tujuan buat hari keluarga ni, sekali dengan majlis perpisahan bos kitaorang. 
Tawa dalam sendu lah kiranya....hahaha.... 

Namun, dipenghujungnya, kami dapat mengukir kenangan indah bersama dan ianya dapat mengeratkan lagi keakraban kami seunit =)))

Alhamdulillah juga kerana saya boleh join hari keluarga ni walau ketika itu, abah saya tak berapa sihat, tapiii kakak saya bekorban juga balik dari KL untuk take over membantu mak jaga abah dirumah....syukur...Allah permudahkan segalanya....

Segala persediaan semua tu memang kami sama2 bagi idea. Ada goodies, ada cabutan bertuah dan bermacam macam aktiviti yang dijalankan bagi memeriahkan lagi hari keluarga unit kitaorang nih.

Jom tengok gambar yang sempat saya rakam sebagai kenangan untuk dikongsi bersama.

Dari hotel nak ke laut dekat je.....=)))





Overall, hotel ni sangat2 selesa. Haruslah kena ada kolam kan....sebab anak2 semua nak mandi kolam..... cuma saya dan en suami, tak minat dengan kolam........so..kitaorang just lepak2 je la kat tepi kolam tu sesambil tgk anak2 kawan semua mandi manda......riuh rendah jadinya....meriah...
 Bestnya, semua dapat check in awal hari tu.....
Cuma saya je sampai agak lewat sebab uruskan abah dulu barulah gerak ke Lumut.










Petang, kitaorang adakan aktiviti sukaneka.
Part ni yang best bilamana semua yang masuk mesti dapat hadiah.....
Alhamdulillah....saya sempat sampai dan tak terlepas peluang bersukaneka dengan mereka....hehehe...(nak jugakkkkkk).

Antara sukaneka yang disediakan
untuk lelaki dan wanita

ambil gelang getah dengan straw 
kepit kacang guna chopstick

Untuk kanak2

Kutip gula2
Bawa bola ping pong
perah span dalam botol air

Walaupun permainannya macam gitu gitu je...tapi meriah ko....memang best....asyik gelak je...
dan semuanya sporting....dari bos sampailah ke mak pak dan anakkkkk.....memang best!!!


Dinner di hotel...
Kitaorang sepakat pilih steamboat dan grill
dan ada hidangan sampingan yang lain juga.




Sesambil makan.....sesambil ada sesi bergambar dan cabutan bertuah.

Ni je yang sempat bergambar.
Yang lain semua dok sibuk dengan anak2 dan isteri =)))
Tak mengapalah...sebab kami dah banyak gambar bersama se unit....
So...bila ada majlis macam ni......memang tak boleh nak kumpul semua....memasing anak dah mengantuk =)))

Alhamdulillah untuk kenangan ini.


Ikhlas dari saya =)))

Ehh...haruslah ada gambar berdua kannnn....

Malam tu ada jugak cabutan bertuah....
Bestnya semua dapat ok...dan semua hadiah....adalah barangan elektrik.... 
yang ni sohabat yang arrange kan....
Walau sesiapa yang dapat no paling bawah pun.....kurang2 dapat kipas duduk okeh.....
awak mmg cerdik lah sohabat.....ahahahaa....
Saya dapat toaster...kemain awal beno nombor dipanggil......=)))



Cenderahati buat bos tersayang.
Beliau sejenis yang suka outdoor....
So...memang berbaloi jugaklah bagi smart watch nih....
idaman semua orang yang tgk jam nih....dannnnn....bos pun suka pakai jam ni okehhh....=)))


Ni goodies untuk semua 
Idea saya dan sohabat saya....=)))
Macam rare jugaklah orang nak bagi blanket kan....
tak ada orang buat...moh le kita buat.....ahahahaa......perangai sangat.....
alaaa....beli kat kaison je.....
Semua orang pun suka........agaknya lahhh.....=))))
yang tak dapat pergi pun dapat...


Hadiah2 untuk sukaneka...kebanyakkannya kitaorang beli kat Kaison.
Untuk dewasa....tempat pertama dapat tuala....
Yang kedua dapat alarm clock dan yang ketiga dapat tumbler.....ehhh....best apa hadiah2 dia....
Tetiba banyak pulak hadiah yang saya bawak balik...ate dah suami isteri masuk sukan.....adoiyaiii....
Untuk kanak2...pun boleh dikatakan semuanya dapat hadiah...tak ada yang tak dapat rasanya..... macam adil lah untuk semua...meriah ko anak2....memacam dapat......=)))

Ni sohabat punya gambar....ni sebahagian apa yang dia dapat.
Kemain sangat kan....hadiah cabutan bertuah dia blender Panasonic.....

Tak pernah tak bertuah sohabat sorang nih......=)))

Lepas breakfast (include sekali untuk semua)
Sebelum check out, kitaorang jalan2 di tepian pantai dan gedik2 berdua....lepas tu terus balik....
Check out awal sebab nak kejar masa balik awal ke rumah......=)))

Sempat borong memacam untuk mak...antaranya ikan bilis mata biru (ni baru kakak dengar & tahu yaaa....) sbb dengar org kata...ikan bilis ni sejenis yang elok dan sedap..... sedap tara mana....jom lah cuba.....=)))

Last but not least...
Memang kenangan paling indah buat kami semua....
Alhamdulillah....semuanya berjalan seperti yang dirancang.
InshaaAllah....ada rezeki boleh la buat utk tahun 2019....inshaaAllah....

Buat bos yang dah pun berpindah ke tempat baru...
Selamat maju jaya.....InshaaAllah....doa yang baik2 untuk beliau....

Terima kasih kerana membaca entry ini...

Doakan yang baik2 untuk mereka yang telah pergi mendahului kita....semoga roh abah saya dan mereka semua yang telah pergi ditempatkan di taman2 syurgaNya....Aminnn.....Allahumma Aminn....






HARI KELUARGA DI MELAKA

$
0
0
Assalammualaikum dan salam kasih sayang.
Hari ni nak share kenangan hari keluarga di Melaka anjuran Kelab di jabatan saya.

Sebelum sebelum ni saya jarang ikut hari keluarga di jabatan saya. Tak kena dengan time saya dan suami. Ada yang suami kena pg Maksak. Yang benonya tak ada rezeki kot masa tu.

Kebetulan yang ni pun dah plan awal2.... masa derang plan ni arwah abah saya masih ada dan tak sihat. So, saya minta untuk hold kan dulu saya punya. Bagi nama tapi pegi atau tak tu tak tahu lagi. Kena tengok keadaan. Rasanya mak abah lagi penting.

Namun, Allah lebih sayangkan abah saya.....dan memandangkan aktiviti ni dijalankan di awal bulan disember dannnn kebetulan pula mak saya duduk rumah abang [sbb masih dalam iddah]....so, kita pegi je lah...... ni first time saya join rasanya....=)))

Bas disediakan bagi sesiapa yang malas nak memandu.....so...kami pilih untuk naik bas....berdua kan...so tak banyak la kisahnya.....ada yang bawak anak pun naik bas....ye lahh....musim2 cuti sekolah ni....rasanya kalo ke Melaka...jalan mesti jem...tambah2 hari sabtu ahad...uhuiii.....memang tahu....akan jem....

Telahan tu benar belaka....memang memana jalan di Melaka...memang jem teruk.....adoiyai...
Tapiii kami bertolak awal....so sampai pun awal....Lepas solat subuh di Masjid Selat Melaka....Bas bawa kami di tgh2 Bandar Hilir.
Lepas tu janji untuk jumpa di Depan Menara Taming Sari tu....tak jauh lah.... check in hotel katanya pkl 2.00 pm.

Sementara nak tunggu check in hotel tu...moh le kita jalan2 cari pasal....=)))

Jom tengok gambar2 saya dan suami....


Apa di teropong nya tu tak tahu la kannn.... =)))
Diaa...memang suka benda2 mcm nih


Kita jalan2 keliling Bandar Hilir nih

Ada kisahnya kenapa ambik gambar kat batu nih......ahahahaaaa....

Memula mmg nak pg ke kota A Farmosa kat bawah sinun....
Sekali... bila nampak ada bangunan tinggi kat atas bukit tuuu.... suami terus cakap.... jom tengok...
maka mendaki lah kitaorang beratus anak tangga [rasanya... hahaha] sampai la ke atas.....rupanya bangunan lama itu adalah tinggalan church lama.....[hampa......ahahaaaa....penat nak mamp........]
Dan tercetuslah riak wajah octopus diaaa.....ahahahaaa...


Tak tahu motip dia suruh ambik gambar di cenggini.....=)))

Masa ni... tak ramai lagi manusia....tapiiiii beberapa minit lepas bergambar disini.....berduyun duyun manusia dari berlainan negara......uhuiiii

Kita decide nak naik cruise pusing2 sungai....nak habiskan masa...





Selesai naik cruise semua.... kita pekena nasi ayam ball nih....
rasa dia boleh boleh je..... tak sedap sangat lahh......biasa biasa je.....

Kitaorang makan kat sini.....

Penyudah kepada kesudahannya.... dengan cuaca yang panas lit lit membahangnyaaaa....so...kami balik ke pangkal jalan. Kita tunggu je lah bas....dengan ramainya manusia....

Kebanyakkan pelancong dari China dan Jepun..... so...memang busy sesangat di tengah2 pekan bandar di hilir tu.....Ya Tuhannnnn.......mmg ramai sgt2 manusia...

Kitaorang check in hotel pukul 3.00pm.
Punya penat nak mam......ahahaaaa.....

Kitaorang tidur di Equatorial Hotel di tgh2 bandar Melaka tu....so..nak kemana mana memang dekat sesangat. Tetiba saya nampak Molten....kat KL tak sempat nak masuk....so...apa lagi....bodek en suami nak masuk jugak2.....suami kata esok....yeay.....[ngengada kann....]





Petang tu seperti biasa...... ada sukaneka.
Best dan meriah ya amat.....jgn kata orang tua....bebudak pun suka jugak kann....
Dapat la jugak hadiah tpt pertama..... saya dan suami masuk acara kepit kacang guna chopstick...kitaorang satu kumpulan......menang pulak tu kannn.....hadiah claim je kat office katanya.....

Lepas sukaneka....aktiviti bebas.....so...ramailah anak2 nak mandi kolam.....janganlah kita menyibuk meramaikan lagi manusia kat situ kannn......

Kami pekena teh tarik kat kedai mamak bebetul depan hotel tu....ehhh....bestlah.... nak kemana2 pun dekat.....jalan kaki je....larat dengan tak larat je lah kannn......

Tetiba suami cakap...lepas ni kalo ke Melaka....boleh la tido kat hotel tu lagiii.....ok noted....=)))

Malam
Dinner start pkl 8.30malam dengan tema masquerade. 
Masalahnya..... saya tak beli topeng tu.....huhuhu....ingat nak tampal je ada manik saya beli kat area mata tu.....dah en somi tak bg pakai.....susah sikit dia ni kalo bab2 tu.....aiyoyooo.....kesudahannya....langsung tak payah......kita share je dgn sohabat kita tu......
Tapi mujur pun tak pakai....kalau tak...saya je lah yang jd makhluk pelik kat situ....hahahaa....

Cabutan bertuah limit kepada 20 cabutan sahaja....termasuk dengan cabutan misteri semua tu lah....tapiii seperti biasa....saya memang susah kalo nak bertuah macam tu....

Yang bertuah....dapat hadiah tempat pertama.....tuuu....sohabat saya.......tak pernah tak bertuah lah dia tuuuu.....






Ok..sebelum hari keluarga tu, kelab ada buat pertandingan video challenge sempena hari keluarga...
Memula kawan saya AJK kelab kata...tak banyak yang masuk....so...suruh lah kitaorang2 ni masuk.....bagi meramaikan penyertaan.....saya sesaja gatal masuk hehehe.... kita tak menang pun...kita dapat saguhati je....yang menang.....sohabat kitaa....kemain dia bertuah tuah malam tu......kita tumpang happy je lah ea....tahniah awakkkk......kita pulak over excited bila nama dia diumum sebagai pemenang sbb mmg dah dapat agak dahhh.....=)))



Keesokkannya, lepas breakfast, aktiviti bebas sebelum check out pkl 12.00 tgh hari. Sementara tu Saya claim balik kat en suami.....ke molten kitaaa.....yeayyy....


Yang ni mmg rasa coklat dia pekat lemak dan berkrim.....

Waffle ni jadi pilihan saya..... en suami dah kenyang breakfast di hotel... ni kiranya layan tekak isteri je nih hahahaaaa....

Di tekak saya.... waffle ni sangat sedap...tak muak sangat makan dia.....sebab saya bukan penggemar coklat....tapii boleh je masuk ke tekak..... sedap....


Lepas check out, perjalanan seterusnya ke telaga Hang Tuah, lepas tu ke MPO Melaka.

Perjalanan jadi lambat sebab jalan jem teruk.....bila dah sampai ke MPO mmg terus solat je lah....lepas tu nak jejalan takut tak sempat......so... kita jenguk2 je lah...orang pun ramai kemain.

Oh ya....disebabkan naik bas....tak payah la mengharap sangat nak ke gerai kuih keria bagai...dan nasib baiklah....saya bukan peminat keria ke ....coconut shake ke.....senang je....kalau ada tu.....kira rezeki lah.....kalau tak ada sekalipun...tak jadi masalah besar pun pada saya....hidup ni simple je......=)))

Perjalanan memang lambat....sebab dari Melaka ke KL....sepanjang jalan tu jem teruk.......sampai ke Ipoh lewat malam......pkl 1.00pagi baru sampai rumah....kemain sangat.....
Memang penat ya amat.....

InshaaAllah...lepas ni boleh je jejalan Melaka..... Plan nak bawa mak....
Masa tu...memang banyak tempat nak explore..... InshaaAllah....



Terima kasih kerana membaca entry







Doakan yang baik2 untuk mereka yang telah pergi mendahului kita....semoga roh abah saya dan mereka semua yang telah pergi ditempatkan di taman2 syurgaNya....Aminnn.....Allahumma Aminn....






PROGRAM COMMUNITY RIDE KE CAMERON HIGHLAND

$
0
0
Assalammualaikum dan salam kasih sayang.

13.12.2018 - Khamis

Sesaja join program community ride ke Cameron Highland anjuran Kelab Jabatan.

Saya dengan 3 lagi sahabat yang lain, naik kenderaan jabatan manakala yang lain semuanya bermotosikal. Ramai jugaklah staff lelaki dan ada juga yang perempuan yang naik motorsikal ke Cameron Highland. 

Jom tgk gambar2 kami..... 

Ni antara aktiviti yang terbaik yang menyimpan jutaan kenangan manis buat kami.....

Sebelum kita bergerak ke Cameron....jom bergambar beramai ramai

Sebelum tu ada la sedikit taklimat untuk semua yang bermotosikal

Bos melepaskan semua riders =)))

Kami naik van sajooo.....

Sepanjang jalan asyiklah ketawa je kalo dengan encik nih......memang tak ngantuk.....tak bosan....

Ni first time saya masuk ke perkampungan orang asli nih.....
Masa ni mmg excited sesangat tgk rumah2 orang asli yang kebanyakkannya nampak sangat la klasiknya.....

Anak2 orang asli yang sedia menyambut kedatangan kami semua.


Kami semua wanita ber 7 orang termasuk bos ber 8 =))



Masa tengah nak posing, nampak sorang anak orang asli nih...dia dok panjat sana sini.... dah la lantai tu diperbuat dari buluh...kalo melompat, berlari mmg ada rasa bergegar lah kannn.....

Dia dok tutup muka macam batman....ahahaha....lari sana sini..... memang kakak terpegun sekejap......=)))

Sesambil dengar bos bagi ucapan dan buat penyampaian sumbangan kepada penduduk orang2 asli disitu....sempat lah menggedik gini....=)))

Cantik pembuatan tangan mereka....kagum...


Bersimpuh berdua =)))

Bukan senang nak dapat view macam ni kannn..... 
memang unik dan kakak macam orang jakun okeh....

Sempat bergambar dengan salah seorang anak penduduk disini. 
Lelawa kot bebudak nih.....

Turunkan sumbangan sumbangan dari ahli kelab di jabatan saya.
Antara yang kami bagi adalah pakaian, keperluan dapur dan sedikit hamper.

Bergambar kenangan bersama penduduk2 islam orang asli di Kampung Pos Raya

Sebelum kami bergerak ke tempat seterusnya, kita ambil gambar kenangan di sini.

Kami meneruskan perjalanan ke Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highland.
Kami membuat kunjungan disini sambil lunch dan solat.
Terima kasih atas layanan daripada PDT Cameron Highland.
Menikmati hidangan tengah hari dalam cuaca yang sangat2 nyaman dan dingin.....bestnyaaaaa
Tapi air paip dia.....aduhaiiii....memang sejuk ya amat kooo....

Seterusnya, kami singgah pula di Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland.
Tak lama pun disini.




Gini caranya cameraman ambik gambar kitaorang hahahahaaa....




Kalau ikut plan asal, perjalanan seterusnya, nak ke Ladang Boh dan Mossy.
Tapi disebabkan dah agak lewat, maka kami menyinggah la ke Kea Farm.
Orang kata, kalau ke Cameron Highland ni, kalau tak menyinggah ke Kea Farm memang tak sah kan..... So..moh le kita membeli belah disini.
Cuaca pulak tu sepanjang hari mendung dan memang sejuk ya amat.


Dan yang terakhir, sebelum bergerak balik, kami singgah di ladang teh Cameron Valley.
Oleh kerana bos kitaorang suka hiking, maka, kami mendakilah ladang teh yang agak tinggi tu untuk sampai ke separa puncak untuk bergambar kenangan.
Jenuh jugak uiiii....... termengah mengah kakak tauuu......ahahahaa....

Dan akhirnya berjaya jugaklahhh.......
Jom kita abadikan kenangan disini.

Antara jejaka yang pergi...dan mereka memang penunggang motor yang berjaya....ahahahaa....

Dan yang ni wanita2 pulak bergambar....Termasuk lah bos.

Keterujaan =))))


Dengan bos. Sporting je semuanyaa....=)))


Dah turun dari ladang tu.....kita pekena teh tarik dgn scone....
Ya tuhan.....tak tipu....teh tarik dia memang sedap.....
Scone tu memang kakak tak boleh nak habiskan sensorang...jadi kami share berdua...tu pun tak habis....
Yang penting......memang sedap.....
Kee....sebab kitaorang penat mendaki ladang tu tadi....ahahahaaa...

Ni aktiviti masa perjalanan balik.
Disebabkan kami je yang naik van...memang agak senang je lah nak menyinggah sana sini kan.
Nampak tak keterujaan mereka2 dengan petai2 fresh tu.....ahahahaa...

Mereka memborong rebung dan petai....
kakak tak borong apa2 pun...sebab memang tak reti nak masak rebung tu dan kurang jugak makan petai......so...memang tak beli....
Harga petai tu memang murah....dan rebung....kalau dulu la...harga dia rm5 sebungkus tu...sekarang dah rm10 okeh....

Kenapa tetiba ada sorang bekoyok kat dahi tu......ahahahaa....[gelak dulu]
Tetiba dia request nak bergambar sekali....maka kita layankan je lah....kemain ko kannn.....=))))

Sampai di bawah dalam pkl 7.00 malam. En suami ambik saya manakala mereka yang lain meneruskan perjalanan ke Batu Gajah.

Alhamdulillah untuk pengalaman ini.

Kalau ada rezeki, ada lagi program macam ni...boleh lah kita join lagi.....sangat2 menarik!!!

Best moment di penghujung tahun 2018!







Terima kasih kerana membaca entry ini.






Doakan yang baik2 untuk mereka yang telah pergi mendahului kita....semoga roh abah saya dan mereka semua yang telah pergi ditempatkan di taman2 syurgaNya....Aminnn.....Allahumma Aminn....








MOVIE ANIMATION PARK STUDIO [MAPS] IPOH PERAK

$
0
0
Hye korang
Hari ni saya nak share pengalaman pertama kali masuk ke MAPS.
Walaupun MAPS ni dekat je dengan rumah saya.... tapi masa pula menjarakkan saya untuk masuk ke MAPS ni.

Saya dah lama beli tiket masuk ke MAPS ni yang mana tarikh luputnya adalah pada 02.05.2019... so... pada 27.04.2019 (Sabtu), saya dengan suami curi jugak masa untuk masuk ke MAPS ni.... bila lagi kannn...... Beli tiket tu pun masa MAPS tengah buat promosi sebelum ianya di istiharkan masuk percuma.
Walau ada kad /tiket, tetap ada certain tempat yang kita kena bayar...bukan semua pemegang kad boleh masuk dengan percuma.... sesetengah tempat kita kena beli kupon. 
1 kupon beharga rm3. Untuk masuk ke satu satu tempat....ada yang memerlukan 2-5 kupon per entry untuk per person.

Saya akan share pengalaman masuk ke MAPS ni.
Ada tempat yang kita akan rasa berbaloi kalau kita bayar....So..dia macam seimbanglah.... ada yang best dan ada yang biasa-biasa je... Ni pendapat orang dewasa macam saya yang tak ada anak nih..... tapi...bagi yang ada anak.....saya rasa agak berbaloi jugak bawak mereka...kerana banyak permainan dan watak animasi yang akan buat anak2 korang gembira dan terhibur. Banyak juga disediakan playground untuk kanak2 bermain....jadinya bagi yang ada anak2 kecil tu...berbaloilah bagi mereka enjoy di MAPS.


 Ok jom masuk
Kitaorang sampai lebih kurang pukul 11.30 pagi macam tu.
Pegi sarapan dulu kemudian terus ke sini.


Gedik2 berdua.
Habis tu nak gedik dengan sapa lagi.....
Ni idea pakcik tu lah nih.....

 Walau kita ada kad tapi tak semua tempat kita boleh masuk.
Sebab, tempat2 ni baru saja dibuka dan kalau nak masuk kena beli kupon.
Macam saya katakan di atas tadi...
Harga kupon
1 kupon = RM3.00

 Cantik dan menarik
Kalo korang datang sendiri dan tengok lagi cantik berbanding gambo yang saya ambil dari hp chap hayam saya tu....



Jalan dan meneroka lagi kat dalam MAPS nih.

 Tempat persinggahan pertama
Bumper Blast
Masa ni yang beratur kebanyakkannya bawa anak kecik...
Rasanya tak sesuai kot korang nak bawak budak duduk dalam kete nih....
Orang langgar.... memang mendapatlah kan....
Memang dibenarkan... tapi.... kalau setakat nak round macam bawak kete santai2 tu...better pegi kat tempat lain...namanya pun bumper blast kan.....
Tapi tempat tu bukan saya yang punya yang beria nak cakap mcm tu kannn....
First jaga keselamatan budak tu...datang pulak orang yang tak ada akal..pi langgar kuat2 kete korang...memang naya lah....sakit ok kalau terhentak. Banyak je permainan lain yang sesuai untuk budak2 kecik.

Kalau nak main benda nih...kena pegi dengan group...
Bestnya bila kita boleh langgar2 orang.....
masa ni just saya dengan pakcik tu je...dan ada la 2 orang yang bawak anak dia kecik round2 santai...
habis tu....takkan nak langgar depe...haruslah ku tuju ke pakcik tu....hahahaa....
Makanya kami berdua je lah yang bergelak ketawa macam hapa je kat situ....
Langgar langgar dia....sampai lebam jugaklah lutut terkena kat stering tu.


 Lepas tu kitaorang masuk ke sini...ntah apa nama tempat dia ntah...
Tapi menarik jugak...
ada gambar2 3D semacam diangkasa.
Tapi kitaorg tak ambik gambar pun
just jalan2 lepas tu pg tempat lain....

Sesuai ambik gambar tunjuk gigi.....so jadi hantu gigi sekejap.....=)))

 Jalan-jalan...lepas tu nampak la Mr Smurf ni
Kita berhenti kejap untuk bergambar.
Masa ni tak ramai sangat yang beratur untuk bergambar.....
kira ok lah kannn.....hehehe

Lepas bergambar...tetiba derang bgtahu ada show kat The Smurfs Theatre.
Maka kami pun macam excited la beratur kan.....
Pakcik buat muka gaya gitu memula tu macam nak pangggg je kan....
Tapi lepas je keluar dari tengok theater tu....isteri bersetuju dengan mimik muka pakcik dalam gambar ni.....ahahahaaa...

Jujurnya.....sangat2 sesuailah untuk bebudak 5-7 tahun....
Tak sesuai untuk orang kertu macam kami nih ok.... 
beberapa kali ku ajak pakcik keluar.......ahahahaaaa......


 Lepas dah habis episod kat smurfs theater tu....
Kita beratur pulak untuk masuk Boboboy 4D theater [ni belasah je nih...pepandailah korang find out sendiri kat MAPS punya web ea. Almaklumlah...kakak bukannya muda mudi lagi bersemangat nak cerita detail nih....=)))]

Bila dah terpadamnya lampu....maka bergemalah lagu boboboy kat dalam theater tu....
best jugaklah.... bebudak mesti akan berganda suka...sebab ada air akan tepercik percik ke muka.....bangku bergoyang goyang......ada angin....=)))

 Lepas tu kitaorang jalan dan  jalan lagi....
Sekali ternampak la pulak
Rumah Hantu The Sacred Riana ni
Berkali kali pakcik tu pujuk ajak masuk ke dalam rumah hantu ni.
Masa ni tak ramai yang masuk.
Jenuh jugak pakcik paksa isteri dia....
Ya tuhan....bala apakah ini.....huhuhu...
[menangis tepi bucu tiang]

Rumah hantu ni
5 kupon per entry = RM15 sorang


Dan gigih jugaklah dia beratur semata-mata nak masuk rumah hantu itu.....
kaunter kupon ni merata-rata ada.....

Bila pakcik buat perangai.... 
kemain dia excited nak masuk ke rumah hantu tu.....
Dia kalau bab nak kenakan isteri mmg no 1

Ok.. saya nak cerita sikit pengalaman dalam rumah hantu tu.
Sebelum masuk tu, macam biasa, staff yang jaga rumah hantu tu minta tinggalkan beg hp semua lah.... katanya pernah terjadi sampai hp semua hilang, tali beg semua tercabut dan memacam lah.....
So..tak nak jadi apa2 masalah....kita tinggalkanlah handbag tu kat tempat yang disediakan.
Katanya lagi.....hantu tak akan sentuh2 kita.....apatah kalau kita yang sentuh atau tendang hantu...kita akan dikeluarkan dari rumah hantu tu.... perkara2 macam ni memang selalu terjadi katanya....... agak2 lah...nak tendang menendang......kalau takut sekalipun...yang ko tendang derang buat apa..... paling kurang...saya akan keras kejong sambil menangis je.....=)))

Memula masuk.... mmg isteri terus berpaut kat lengan suami.....tak kan ku lepaskan tangan dia..... pakcik tu memang suka pedajal isteri dia ni..... sekali dia tinggalkan isteri kat tgh2 gelap tu...memang keras kejung la menangis kat situ.......so...jangan sekali2 lepas pegang tangan dia.. 
memang gelap gelita oiii kat dalam tu....memula masuk dah ada hantu kacau....
So saya set dalam otak...memang semua kat dalam tu manusia2 yang ditugaskan sebagai hantu....ahahahaa.... so...kurang sikit la takutnya.....sebab ada suami...kalau tak ada....memang naya.......

Suami saya siap boleh bagi salam, tanya arah jalan keluar kat hantu tu.....dia macam tak ada perasaan pulak....ahahahaa..... dah dia berani...isteri macam confident je lah kan....
Cumanya, ada satu couple kat depan kitaorang sampai tersesat nak cari jalan keluar...siap jerit2 lagi.......

Overall.... secara jujurnya, memang agak menakutkan...sebab ada tempat2 laluan kita tu yang memang gelap gelita....
kalau nak tahu cubalah masuk....rugi kalau ke MAPS tak masuk ke rumah hantu dia nih.....=)))

Masa ni saya terfikir jugak..... staff2 yang jadi hantu nih.....derang tak takut ke kerja dalam gelap2 macam tu.......huhuhu....

Ni saja beli nak lapik perut je....
Sebab sebelum masuk ke MAPS kami dah makan dah...so kurang rasa lapar.... 


Antara permainan2 yang ada di dalam MAPS ni....
Umur2 gini rasanya dah tak sesuai nak main2 benda2 nih....so..kita tengok dari jauh lah sambil melayan makanan......ahahaha...




Masa hari saya pergi ni....
kebanyakkan tempat under maintainance....so...tak masuk banyak tempat pun.
Just jalan2 tengok2 macam tu je...sebab kebanyakkannya untuk budak2...




Dalam ni ada play ground ber air cond untuk kanak2 riang. 






Yang ni pulak pintu gerbang untuk masuk ke taman permainan kanak2 jugak.....


Yang ni wajib masuk okeh....kalau ke sini...tak masuk memang rugi....

Antara yang terawal masuk...sebab memang tunggu time nak masuk ke sini......sebelum balik...show dia start pukul 3.00 pm macam tu lah...


Persembahan derang memang terbaik..... wajib masuk okeh...

Sempat lah bergambar dengan derang yang membuat aksi2 ngeri nih...... 

Dengan dia punya MC....sangat menghiburkan....


Ingat lepas je habis tengok Stunt Legend, 
kitaorang nak balik....sekali derang bg tahu ada show kat Theater nih..... 
Dia ada memacam theater....ada lah dia listingkan kat pintu masuk tu sekali dengan show time dia.....

Ingatkan macam manalah theater dia....rupanya live macam nih.....
Walaupun cerita kanak2....tapiii kami terhibur sangat.....
Yang ni pun wajib tengok....sebab persembahan derang sangat2 terbaik lah....


Cerita ni ada lah sambungan dia pada time yang lain tapi pada hari yang sama lah.....
Tapi kami tak tunggu..... 


Sempat bergambar dengan maskot yang dalam buat persembahan theater tadi...
Yang ni bg yang tak pakai tag tu [tiket] kena bayar kalo nak bergambar dengan derang ni...
1 kupon untuk satu family.....korang posinglah puas2 dengan maskot yang ntah apa namanya nih......hehehe.... 
Tapi mereka sangat comel...

Memula ambik gambar dengan patung2 nih.....memang tak tahu depe ni maskot apa ea....ahahahaa.... tapi bila dah masuk tgk persembahan theater derang baru tahu....ahahaha.....maklumlah...kakak dah berusia kertu....=))))

Lepas kita melawat kedai2 souvenir yang kebanyakkannya menjual  
barangan yang sama.....
Kita belilah satu souvenir untuk kenangan disini....menandakan kita dah explore sebahagian daripada tempat2 dalam MAPS ini...

Kat MAPS ni banyak restoran2 yang menarik utk pengunjung.
Disebabkan kami awal2 dah makan....dan idaklah terasa lapar dan penat sangat jalan kat dalam tu....kecuali dahaga je....maka, kami tak berkunjung sangat ke dalam restoran2 dia..... 

Itu saja perkongsian saya.......
Semoga ada info berguna buat mereka yang ada plan nak ke sini....


Terima kasih kerana membaca entry ini






SINCERELY FROM MY HUSBAND

$
0
0
Assalammualaikum dan salam kasih sayang.
Sambungan daripada entry sebelum ni about my birthday.....

Ok... berbunga bunga hati kakak sebenarnya....
Banyak kejadian yang menggembirakan pada tarikh hari lahir kakak tu....

Memang setiap kali birthday saya....
Dari jam 12 tgh malam tu.....[kalau saya tido....memang selamatlah kan.....] kalo tak tido lagiii..... setiap tahun..... memang kena tadah telinga dengar en suami saya menyanyikan lagu happy birthday ikut versi suka hati dia lah kan..... so...kita dengar je lah suara udang galah dia tu.....lepas tu tepok tangannnn.......hehhh.....mmg setiap tahun macam tu okeh....tak terhenti disituuuu.....

Bangun pagi dia dok nyanyi versi lain pulakkkk.....lepas tu dalam kete lagiii....sampailah tak habis satu hari tu...ahahaaaaa.....nampak tak betapa gila2nya kami ni laki bini.....sampai birthday dia pun saya terikut ikut perangai dia......tau pulak dia rungsing........ahahahaaaa....ngeng kannn.....

Setiap tahun jugaklah...setiap kali birthday saya.....memang dia akan hantar dan ambil saya.....
Masa ambil saya dari kerja...... bukak je pintu kete......
Surpriseeee...... ada sejambak bunga yang saaaangat cantikkkk.......kakak suka ya hamat.....berbunga bunga hatiiiiiii........so..sepanjang jalan tu dok cerita kat suami apa yang berlaku satu hari tu lahhh....dari batu gajah sampai ke ipoh dok pok pek pok pek cerita kat dia.......ahahahaaaa....dan dia dok dengar je lah kannn......

Hari tu kitaorang balik rumah mak terus dan makan2 dengan kakak saya.....sebab mak kebetulan ke kl....so kitaorang saja jenguk rumah mak sesambil makan durian.....


Kakak sukaaaaaa......alhamdulillah.....


MasyaaAllah...cantiknya


A dozen of roses sincerely from my lovely husband...



So..dah habis lah cerita untuk hari tu.....

Esoknya...... ada lagi cerita....
Balik je kerja.....en suami bagi saya hadiah birthday.....
Ya ampunnn......
Jujurnya...saya tak pernah minta apa2 kat en suami nak claim hadiah birthday ke apa ke.....
Ntah bila masa dia pg beli saya pun tak tahulahhhhh.....

Katanya...tak bagi semalamnya sebab tertinggal kat opis....dan kebetulan en suami saya baru je balik dari Perlis untuk MAKSAK di sana....so...isnin dan selasa tu dia cuti..... makanya dia tak masuk opis..... hari rabu baru masuk opis....dan terus bawa balik.....ahahahaa....


Alhamdulillah......
Suka sesangat......tahu pulak dia saiz muka kita.....ahahahaaaa...katanya lebih kurang mama je kannn.......excited isteri okehhhh.....tqqqq suamiiii........


Kekdahnya.....dia nak suruh kakak ni beribadah bebanyak.....sebab umur dah banyakkk...katanyaaa...siap kamuuuu suamiii....ahahahaa
tak kisahlah......kakak sukaaaa ya hamat.......

Sabtu
Ada satu lagi surprise dari suami....
apasal macam rasa 7 hari 7 malam pulak sambut birthday kita nih........
[rasa nak gelak guling2 kitaaaaa....suami kita ni unsangkarable okeh....]

Kebetulan adik beradik saya balik hari sabtu tu utk attend kenduri kawin sepupu kitaorang....
So kebetulan dah ramai anak sedara..... sebab itulah en suami nak saya potong kek hari sabtu tu....
katanya bukan selalu.....okeh...kita turutkan je lah.....

Anak sedara sulung yang tolong pg belikan kek.....
Malam...lepas je habis sesi bbq kat rumah mak sedara tu.....
Kitaorang ke casuarina....bawak mak sekali.....en suami dengan anak sedara tunggu kitaorang kat Casuarina je......




Ni kek semalaman yang dah simpan dalam peti sejuk....


Mak sayaaaaa.....


Kitaorang celebrate sekali....
Sebab tarikh birthday dedekat je...
kakak saya 30.6 dan saya 2.7
jadi kami sesama potong kek =)))


Ice cream Chocolate chip...
 
Kitaorang minum2 dan makan2 ringan je kat sana.....at last, potong kek kat rumah esoknya....kek ice cream sesuai guna pisau betul bukan yg plastik tu...keras nak mam......hehh...

Apa2 pun....saya bersyukur sesangat sebab dikelilingi oleh insan2 yang ikhlas menyayangi saya.... kalau tak ikhlas....mereka tak buat semua nih......
Hanya sujud syukur padaNYA atas nikmat ini.... u know something....
kalau boleh saya nak orang2 yang ikhlas bersahabat dengan saya pun merasai kegembiraan dan nikmat yang saya rasa nih....
Namun....untuk saya membalas setiap apa yang mereka lakukan pada saya.....
rasanya tak terjangkau dek kemampuan saya.......

Hanya bermohon padaNYA agar nikmat yang Allah bagi ini....digandakan kepada mereka yang membuat hati saya berkembang mekar bagai bunga seladang........alhamdulillah....


Untuk suami....saya tak jangka dengan dia nih......
Ini anugerah terindah dari Allah buat saya.
Banyak2 kali saya cakap tqqqq dengan dia....
Sebab saya happy sesangat......
Itulah dia sejak dari awal kitaorang bernikah sampaiiiiilah sekarang....
Yang tahu...tahu lahhh....
suami saya mmg sejenis begitu.....bukan saja buat2...bukan berlakon ke apa ke....itu lah dia....
sejak dari dia nak mengorat saya lagiii....[ehhhh]......hahahahaaa
Jadinya saya abadikan kenangan indah ini di blog ini.....

Apa imipian saya?
Saya ingin dekatkan lagi diri saya pada DIA yang memberi pelbagai nikmat pada saya......
maka nikmat yang mana lagi yang mahu didustakan......



Alhamdulillah......




Terima kasih kerana membaca entry ini.





Nota kaki: Dalam pada saya happy....tetap jauh disudut hati...akan senantiasa terukir nama abah...
Moga abah tenang disana dan berada di kalangan hamba2Nya yang beriman dan soleh.....
Aminnn....Allahumma aminnnn....

Viewing all 277 articles
Browse latest View live