Assalammualaikum dan salam kasih sayang...
Dah lama tak menjenguk blog...dan alhamdulillah...hari ni baru ada kesempatan utk menulis.
Tajuk hari ni...sangat general...ERATKAN SILATURRAHIM.
Jom kita eratkan tali persaudaraan sesama kita... sesungguhnya Allah suka orang yang berkasih sayang keranaNya =))
Sebenarnya banyak dalil2 yang menitik beratkan tentang hubungan silaturrahim ni....namun saya bukanlah orang yang layak untuk memberitahu tentang hadis dan sebagainya.... mungkin hanya sekadar memberi pandangan saya tersendiri dengan berpandukan kepada al-quran seperti mana yang Allah firman:
“Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (QS An Nisaa’:1)
Eratkan kasih sayang sesama kita. Jangan ada permusuhan sehingga memutuskan tali silaturrahim tersebut.
Allah berfirman
Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan dimuka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan Mereka itulah orang-orang yang dila’nati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka”
(QS. Muhammad :22-23)
Silaturrahim
bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.
Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:
“Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)
Mungkin ada setengah berpendapat, itu HAK mereka untuk menjauhkan diri dari kelompok sesuatu komuniti/persaudaraan...namun hakikat sebenarnya Allah tidak pernah memberi HAK kepada manusia untuk dia memutuskan tali silaturrahim....
Kenapa silaturrahim itu penting?
Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.
Memang kena ada tolak ansur diantara satu sama lain. Saya tak nak pandang pada persekitaran yang lebih luas.... kita pandang pada diri kita sendiri. Bagaimana penerimaan kita terhadap sesuatu kumpulan masyarakat.... atau kita ambil pada kumpulan yang kecil iaitu dengan adik beradik dan saudara mara. Jika ada pertalian darah...rasanya lebih mudah untuk kita memahami hati budi masing-masing. Rasanya penerimaan kita lebih mudah kerana kita saling mengenali sejak lahir dan sedari kecil. Cara bergurau senda....cara kemesraan kita dan pendapat kita dengan secara terbuka kita boleh suarakan..... penerimaan itu bergantung kepada diri masing-masing....kalau suka...kita nak diam pun tak pe....dan kalau kita tak suka...kita nak bersuara pun tak pe...itu hak kita..... itu pendapat kita..... tapiii jangan disebabkan perbezaan pendapat..... kita ambil langkah....keluar dari kelompok tersebut. Memutuskan kemesraan dan ikatan untuk sharing is caring....menghentikan diri kita dari bercampur dengan kelompok yang pernah rapat dengan kita hanya disebabkan satu alasan yang simple.....
Perbezaan pergaulan kita dengan saudara mara kita sendiri dengan orang lain PASTI berbeza..... ini saudara manakala disana orang lain....
Betul... kedua2nya penting....rasanya kalau dari segi pergaulan...dengan saudara mara sendiri kita bebas nak cakap apa sahaja berbanding dengan orang lain.... itu pendapat saya lah...tak tahu lah pulak kalau kita memberi keutamaan kepada orang lain daripada saudara mara sendiri..... yang itu betul...HAK masing2... tapiii masih....kalau pihak sana... kita boleh ada sikap give and take....apatah lagi di pihak saudara mara dan keluarga sendiri.....setuju tak....hehehe...
Ehh..kenapa pulak makcik ni tetiba je soalkan itu ini.....
Sebenarnya, ini sebagai contoh...saya tak nak pandang orang lain..... saya suka nak letakkan diri saya dalam sesuatu kelompok dan situasi.
Ajarlah hati untuk memberi dan menerima...bukakanlah minda untuk bersikap lebih terbuka.... bersihkanlah hati dari segala perkara mazmumah..... jika kita sentiasa menerima...... biasakan diri untuk memberi....then...baru kita faham...bila si penerima menghargai pemberian.....kita akan terus nak memberi walaupun sedikit.... memberi bukan saja dari segi barang [selalunya ramai beranggapan...kalau memberi dan menerimanya...mesti berupa hadiah......walhal..banyak benda yang kita boleh memberi...dan sebagai hamba juga...kita selalu menerima...apa pula yang kita beri pada Allah..... melainkan keikhlasan hati kita dalam mencintai dan menyayangiNya yang WAHID]....[Bukakan minda kita...] ada banyak benda yang boleh kita beri seperti pendapat yang positif....sokongan..... ramah tamah kita.... kemesraan kita...... ada banyak lagi kan cara untuk kita eratkan tali silaturrahim itu....bukan untuk leraikan.....bukan untuk menunjuk siapa yang hebat.....siapa yang dapat lebih.....dan sebagainya. Untuk berada di kelompok yang ramai.... bermanis mulut lah walaupun sebenarnya pahit untuk kita luahkan....percayalah..diakhirnya.... kemanisan yang kita rasa pahit itu akan menjadi terapi yang paling mujarab untuk merawat hati kita....
Jangan menjadi penghalang untuk kita mengeratkan lagi jalinan yang hampir terputus. Sepatutnya, kita harus bergembira bila ada diantara kita dalam satu masyarakat itu hendak berbaik2 dan bermesra tanpa ada lagi istilah permusuhan.....
Dalam dunia ini ada bermacam2 jenis manusia... sepanjang usia kita.....kita PASTI akan berjumpa dengan pelbagai jenis perangai dan ragam manusia.... Jadinya... bila kita berada dalam satu kelompok masyarakat/persaudaraan....ambik lah pengajaran dari situ..... supaya yang baik itu kita jadikan panduan dan yang buruk kita jadikan pengajaran...... bukankah...semakin kita mengenali ramai orang....semakin mengajar kita tentang kehidupan dan kematangan......
Jadi....apakah puncanya jika kita mencari permasalahan dalam satu komuniti kemasyarakatan/persaudaraan?
Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.
Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.
Dengan apa ALASAN sekalipun....dengan apa CARA sekalipun.... jagalah hubungan silaturrahim sesama manusia lebih2 lagi dengan saudara mara kita sendiri kerana dalam perkataan silaturrahim itu adanya Ar Rahim iaitu yang Maha Penyayang....
Bila kita sedaya upaya berusaha untuk menjalinkan...mengeratkan...merapatkan.....hubungan kemasyarakatan/kekeluargaa itu..... TETAPI dalam pada masa yang sama.... ada diantara mereka yang tidak bersikap terbuka...sebenarnya.... ianya sangat menghampakan..... terasa seolah usaha itu adalah sia-sia belaka....
Kalau dah berada di kelompok komuniti yang sedikit macam tu kita dah nak ambil hati.... tersentap.... dan sebagainya....bangaimana kita nak berhadapan dengan kelompok yang lebih besar dan ramai.... dimana pula tempat kita di kelompok yang besar itu...jika kita membawa perangai kita disitu.......dan lebih utama...apakah jawapan kita nanti bila disoal oleh Yang Maha Pencipta....
Ada BANYAK cara untuk kita berusaha mengeratkan jalinan ukhwah.....bukan memberi BANYAK alasan untuk memutuskan tali ukhwah tersebut......
Hidup kita ni hanya sementara.... hari ni kita elok bergembira... tau tau esok kita dijemputNya.... hari ni kita rasa sihat...esok Allah bagi ujian kesakitan dan kedukaan....semuanya dalam genggaman Allah....maka...berbaik baiklah dengan semua orang disekeliling kita... adik beradik, saudara mara, jiran tetangga, rakan sekerja dan sahabat handai kerana mungkin dengan doa2 mereka, Allah mudahkan segala urusan2 kita di dunia dan di akhirat....
Jangan membenci sebaliknya mendoakan yang terbaik....
Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim
Tiada pintu yang paling kukuh selain pintu hati
Tiada hutang yang paling berat selain hutang budi
Tiada pemberian yang paling beharga selain pemberi maaf
wallahualam...
Ehsan dari en Google

Terima kasih kerana membaca entry ini =)))